13/06/2012

Apa Harapan Ku Amirul Untuk Belia? @razaliibrahim



Ada Harapan untuk Belia

‘Andai ingin melihat nasib negara di masa hadapan lihatlah para belianya pada hari ini’. Ungkapan kata ini sering kali diperdendangkan dalam erti kata menaikkan kembali semnagat juang orang muda. Retorik atau reality? Tidak dapat dinafikan golongan belia ialah front line atau barisan hadapan dalam menjadi jentera pembangunan negara.

Angka belia 11.25 juta pada tahun 2010 melambangkan kuantiti yang sudah cukup untuk mentadbir sebuah negeri atau negara seperti singapura. Jumlah ini menyumbang kearah 40.2% dari komposisi rakyat ketika itu. Di Malaysia angka ini melibatkan mereka yang bermula pada umur 15-40 tahun. Walau bagaimanapun seruan menteri Kementerian Belia dan Sukan bersetuju untuk mengikut laras yang dipersetujui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu didalm lingkungan 18-25 tahun pada tahun 2020. Ini satu langkah transformasi yang berani oleh kerajaan.

Orang muda sebetulnya pemain dalam lapangan politik, ekonomi, dan sosial. Mereka boleh diibaratkan mempunyai posisi yang berbeza tetapi matlamat yang sama. Sesuatu yang dihargakan oleh golongan belia ialah penghakupayaan mereka. Sememangnya apabila hak ini disediakan kepada mereka ia menjadi satu titik tolak kepada pemerkasaan golongan belia dalam segenap aspek. Berikan mereka gelanggang dan mereka akan beraksi. Inilah kemahuan total belia Malaysia yang mahukan platform untuk beraksi.

Lapangan Politik

Menjadi satu konflik untuk memilih umur yakni pengalaman atau bakat serta beridealisme. Di Amerika Syarikat taktala Barack Obama menjadi Presiden beliau merupakan pemimpin AS termuda dalam sejarah Presiden mengalahkan pesaingnya, John Mc Cain. Dari aspek pengalaman, dunia mengiktiraf Mc Cain sebagai salah seorang insan yang berkelayakan untuk berada dikerusi nombor satu dunia. Senator Mc Cain dikatakan orang lama yang memahami selok belok pentadbiran berbanding dengan Obama yang baru mengenal dunia. Namun dunia mengesahkan umur tiada peranan dalam menentukan kedudukan seorang pemain dalam politik. Justeru belia perlu datang bersama pakej kepimpinan dan ilmu yang cukup untuk menjadi penentu didalam lapangan politik. Idealisme belia dikatakan mempunyai pengaruh yang besar serta mempunyai impak yang penting dalam peradaban. Dengan menjadikan ia sebagai satu inti pati yang penting, peluang serta harappan hanya datang dan dikecapi oleh mereka yang mempunyai idealisme iaitu idea yang progresif serta unik untuk dijadikan sandaran.

Justeru tidak hairanlah didalam kepimpinan politik semasa, baik kerajaan Pakatan mahupun Barisan Nasional meletakkan harapan baru pada kepimpinan muda seperti Dato’ Mukhriz, Dato Razali, Fuad Zakarshi dan lain-lain. Manakala Pakatan meletakkan Nurul izzah, Rafizi selain beberapa lagi muka baru yang membawa arus pemikiran yang baru. Mungkin persoalan kedua akan menyusul adalah sejauhmanakah kesediaan golongan muda ini menandingi golongan lama dalam pentas politik. Sememangnya jawapan hanya terletak pada idealisme yang segar yang berani melawan arus perdana secara berprinsip.

Lapangan Ekonomi

Fakta pemuda yahudi, Mark Zukerberg yang berumur 26 tahun memiliki empayar perniagaan yang besar. Hanya bermula sebagai medium perantaraan rakan sekelas, facebook mencecah pengguna yang begitu ramai dan menjadi satu fenomena. Salah satu sumber menyatakan kekayaan Mark adalah bernilai 13.5 Bilion USD. Boleh juga dikatakan orang muda terkaya didunia. Persoalan berbalik disini, mampukah belia Malaysia? Mungkin dari aspek pementoran. Malaysia tetap terbaik dengan menawarkan pelbagai program mentor keusahawanan.

Namun, menjadi satu tagihan orang ramai untuk melihat belia Malasysia yang mampu menjadi pemain utama ekonomi Malaysia. Dengan terdapat beberapa nama seperti waris Tan Sri SM Nasimudin menerajui ekonomi orang muda. Acap kali disebut oleh pengasas Johor Corp, Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ekonomi merupakan satu jihad kepada ummah. Justeru harapan untuk belia semenangnya tersedia ditambah pula dengan insentif yang ditawarkan oleh kerajaan dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib dengan dana 1 Malaysia. Tuntasnya belia sendiri perlu bersedia menyahut segala peluang yang tersedia seperti Tabung Ekonomi Belia dan Skim Belia Niaga-I

Lapangan Sosisal

Satu transformasi dalam belia apabila dana yang diperuntukkan untuk Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah ditambah. Peruntukan ini memberikan nafas baru kepada pemerkasaan penggerakan belia ke dalam masyarakat. Duit masyarakat dipulangkan kepada masyarakat melalui perencanaan program yang berkualiti untuk belia diperingakt kawasan. Badan-badan belia seperti GPMS memainkan peranan membina dalam pengukuhan social pendidikan remaja Melayu. Maka penyaluran peruntukian tambahan ini menjadi pemangkin dalam perencanaan lebih banyak program bersifat komuniti setempat mampu diadakan.

Justeru, dalam merealisasikan penghakupayaan belia, persoalan yang timbul seterusnya ialah dimanakah platform atau pentas untuk golongan belia berpencak dan berbahas satu satu isu nasional secara kritikal. Maka, dengan penubuhan Parlimen Belia yang dijangka pada 2013, ia merupakan satu ‘kick start’ yang baik untuk memberi peluang serta ruang orang muda untuk berhujah. Sebelum ni anggota belia hanya berkumpul didalam satu Majlis Perundingan Belia Negara. Impaknya masih belum besar berbanding dengan inisiatif yang diambil pada kepimpinan Dato Seri Najib Tun razak. Signifikannya, penubuhan ini bukan sahaja member penghakupayaan belia tetapi sebagai satu mekanisme pendesak dan penyokong kepada satu polisi yang dibuat oleh kerajaan. Belia kini mempunyai dua sahaja jalan sama ada menjadi satu aset kepada negara atau menjadi satu liability kepada negara.

Usaha harus ditumpukan dalam meningkatkan kemahiran belia supaya standing dengan belia antarabangsa. Mahu atau tidak, belia haris melibatkan diri mereka dengan aktid dalam pembuatan satu-satu keputusan. Benar, mereka perlu mempunyai kuasa baru kemudian mengubah, namun disebalik kuasa itu, peranan yang dilakukan oleh individu itu tidak kurang pentingnya. Golongan belia kini perlu mempunyai pendirian untuk berdikari dan mengurangkan ‘keghairahan’ subsidi sebaliknya mereka cipta lebih banyak program untuk pembangunan belia serta masyarakat disekelilingnya.

Tuntasnya, belia merupakan pemain yang akan menentukan berapa gol yang akan disumbatkan. Belia harus tahu dan memilih untuk menjadi asset dan bukan menjadi bebanan kepada negara. Kata-kata Bapak Sukarno, Berikan aku sepuluh orang pemuda akan ku gegar dunia! Malasyis menantikan kelahiran pemuda yang mengongcang dunia dengan idealisme segar serta praktikal!

Ku Amirul Faiz Ku Seman,
Timbalan yang DiPertua MPP UUM

Sumber : Kritis Online

Secara peribadinya Keris melihat setiap bait tulisannya memberi makna dan punya mesej yang tersendiri. Keris berharap belia-belia di Malaysia ini berada didalam satu tahap yang bijak dalam pelbagai aspek terutamanya akidah. Semoga semua persoalan dan tulisan yang ditintakan adik Ku Amirul dapat diterjemahkan.

K7L : Steady Bro!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk