22/06/2012

Ostad #JijanBalak Mula Menangis? #XbayarGajiKUIN



Ini maklumat yang Keris terima daripada rakan blogger Anak Seberang berkenaan isu KUIN yang belum selesai. Malahan mereka seakan tidak ambil endah langsung. Berikut Keris kongsi :

Lebih 60 kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Pengerusi Kuin mengenai ketidakpuasan hati terhadap pengurusan selain menuntut kebajikan mereka terbela berikutan kemelut yang berlarutan sejak beberapa bulan lalu.

Memorandum diserahkan oleh wakil kakitangan Kuin, Mohamad Azki Hafizi Ibrahim kepada Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, yang mewakili Menteri Besar merasmikan Majlis Budaya Kualiti Kuin.

Kesemua kakitangan hadir berpakaian serba putih sebagai simbolik kepada perjuangan mereka yang mahu membersihkan Kuin daripada unsur-unsur yang menafikan hak mereka. Antara tuntutan yang dibangkitkan ialah Rektor Kuin, Profesor Datuk Dr Jamil Osman meletak jawatan kerana didakwa gagal berfungsi sebagai ketua jabatan yang adil serta menyiasat Insaniah Holdings dan anak syarikatnya.

Mohamad Azki Hafizi berkata, lima perkara asas yang dibangkitkan ialah penangguhan pelaksanaan pekeliling kerajaan membabitkan kenaikan gaji pegawai perkhidmatan awam Persekutuan dan kenaikan kadar bantuan sara hidup. “Perkara lain yang turut dibangkitkan ialah kemudahan ketika cuti sakit dan masalah kesihatan Rektor, menyiasat Insaniah Holdings, wujud nepotisme dalam Insaniah Holdings serta hubungan Kuin dengan Bina Darulaman Berhad (BDB),” katanya.

Salinan memorandum itu turut diserahkan kepada Canselor Insaniah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah; Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah; Pro Canselor Insaniah, Datuk Dr Abdul Halim Ismail; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebelum ini, kakitangan Kuin turut mengemukakan memorandum tuntutan kepada Rektor apabila Kuin gagal membuat bayaran kepada bank dan institusi kewangan termasuk tunggakan gaji, yang didakwa berpunca daripada krisis kewangannya.

Kemelut Kuin mula mendapat perhatian apabila ia dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, April lalu. Mahdzir sebelum ini mendedahkan Kuin berdepan krisis kewangan yang serius selain mendesak Azizan memperjelaskan peruntukan yang disalurkan.

Krisis ini tidak dapat disembunyikan lagi apabila Kuin didakwa meminta bantuan kewangan Menteri Besar Incorporated (MBI) sebanyak RM500,000 bagi menyelesaikan pembayaran gaji kakitangan bulan lalu. Difahamkan, bayaran gaji kakitangan Mei dibuat dua peringkat iaitu gred 45 ke bawah dibayar terlebih dahulu manakala gred 45 ke atas dibayar selepas menerima bantuan MBI.

Ini bukan pertama kali kerana Kuin pernah memohon bantuan MBI sebanyak RM2 juta termasuk dari Syarikat Air Darul Aman (Sada) RM2 juta. Sebelum ini, Mahdzir mendakwa antara punca krisis kewangan disebabkan anak syarikat Kuin gagal berfungsi selain menjadikan pelajar sebagai mangsa dengan mengenakan caj tinggi seperti yuran pengajian dinaikkan (RM60-RM200 jam/kredit), caj pemeriksaan kesihatan (RM150-RM250), caj RM25 kepada calon baru untuk semakan permohonan.

K7L : Selesaikanlah...aduii.....ni ke 'Berkebajikan'?

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk