27/06/2012

PKR Terpaksa Kutip Dana PRU13 Style SIndiket Sebab MB Tak Turun Dana? @anwaribrahim @AzminAli @KhalidIbrahim



Pendedahan TMS berkenaan kutipan derma oleh PKR ini amat menggelikan hati Keris. Inikah bukti bahawa Khalid Ibrahim tidak membantu jentera mereka sehinggakan jentera di bawah perlu meminta sedekah style sindiket?

Yang peliknya, apakah David Cheong mantan atau masih memangku jawatan Ketua PKR Cabang Kuala Langat?

Saudara David Cheong yang menumpaskan ahli parlimen Kuala Langat, YB Abdullah Sani dalam perebutan kerusi Ketua Cabang Kuala Langat tidak lama dulu pernah dilaporkan meletakkan jawatannya ekoran kekecewaan dengan Abdullah Sani seterusnya kepimpinan tertinggi PKR yang tidak menjaga kebajikan ahli-ahli di cabang tersebut terutama berkaitan peruntukan kewangan.

Atas surat perletakan jawatannya, ia disusuli oleh perletakan jawatan oleh hampir seluruh jawatankuasa cabang dan ketua-ketua ranting dalam cabang tersebut justeru melumpuhkan keseluruhan operasi PKR di Kuala Langat.





Namun kelmarin, Keris dan rakan dimaklumkan oleh Pemuda Telok Datok bahawa David Cheong melalui agen-agennya telah mula melancarkan kutipan derma dari satu premis perniagaan ke premis yang lain. Tidak mahu tidak setiap premis perlu bayar.

Modus operandinya tidak ubah seperti peminta sedekah dari satu meja ke meja makan yang lain biasa kita hadapi di restoran atau warung-warung makan terutama di sekitar pekan atau bandar. Dan "additional value" kepada kaedah ini adalah menyertakan resit ala-ala peminta sedekah yang menunjukkan kononnya surat kebenaran majlis agama Islam bagi membina madrasah-madrasah agama atau rumah-rumah kebajikan swasta yang terbukti adalah satu sindiket penipuan.

Agaknya, inilah sebab utama mengapa Azmin Ali begitu marah dengan Khalid Ibrahim yang "kedekut" dengan dana GERAN SELANGORKU bernilai RM300 juta itu.

Ahli-ahli di bawah bagai nak rak berjuang demi pemimpin namun pemimpin kedekut untuk salurkan kepada parti dan ahli.

Tapi yang syoknya, NEGARA BERKEBAJIKAN tajaan pakatan ternyata satu PENIPUAN TERANCANG seperti juga skim penipuan mengutip derma dari meja ke meja makan di restoran atau warung oleh peminta sedekah disebut di atas.

Ternyata, RAKYAT RUPANYA YANG DIPAKSA BERKEBAJIKAN kepada parti-parti dalam pakatan seperti amalan yang berkurun lamanya dilakukan oleh PAS dan DAP.



Tetapi inilah cara mereka meraih wang iaitu dengan memerah duit rakyat sendiri. Kononnya atas dasar perjuangan tapi pemimpin makan sedap, ahli mereka makan nasi bungkus. Inilah orang-orang yang akan sentiasa memerah duit rakyat jika mereka memerintah. Lihat sahaja Selangor, cukai dah naik tapi dulu janji nak bagi macam-macam. 

Ini semua memang taktik mereka penuhkan poket sendiri. Merekalah 'syaitan' sebenar yang pandai mempergunakan rakyat demi kepentingan diri. 

K7L : Tolak Pakatan!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk