30/06/2015

#ReduceWargaAsing - Peniaga Bukan Warganegara - Apa Nasib Peniaga Bumiputera?



Awal tahun 2013 dahulu pernah ada Operasi Penjaja Warga Asing yang mana 385 orang telah ditahan dan disiasat. Mengikut petikan lama ini :

KUALA LUMPUR — Seramai 385 warga asing ditahan dalam Operasi Penjaja Warga Asing oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Pasar, Pudu dan Jalan Silang hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL Minhad Ahmad berkata dalam operasi tiga jam bermula 11.30 pagi itu yang ditahan ialah 138 warga Bangladesh, 117 warga Nepal, 105 warga Myanmar, 10 warga Indonesia, 10 warga India dan lima warga Pakistan.

"Kita telah membuat tangkapan secara rambang di kedua-dua lokasi tersebut dan tempat tersebut menjadi tempat tumpuan mereka berkumpul dan juga pusat menjual barangan di gerai-gerai tanpa lesen,” katanya dalam sidang media selepas operasi tersebut di Bilik Gerakan Jabatan Penguatkuasaan DBKL di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesemua warga asing yang telah ditahan itu akan diserahkan kepada pihak Imigresen untuk disaring semula dan tindakan akan diambil kepada mereka yang tidak mempunyai permit pekerjaan yang sah.

"Operasi hari ini sebenarnya kita tumpukan pada premis penjaja tanpa lesen serta pemantauan warga asing,” katanya - Kosmo

Operasi sekarang Keris tidaklah berapa pasti tapi kalau pergi ke kawasan-kawasan di Kuala Lumpur, berapa ramai warga asing yang berniaga? Laksa Kedah pun orang Indonesia dah jual beb!

Bila tanya ada passport katanya janganlah ganggu. Di sini mereka mencari rezeki. Tetapi bagaimana dengan peniaga bumiputera? Mereka berniaga di tepi jalan tanpa premis sah, sedangkan peniaga bumiputera/rakyat Malaysia kena sewa kedai bagai.

Masih ada dan kadang-kadang yang beli pun daripada pihak berkuasa. Kena tunggu aduan baru boleh tahan? Jangan sampai satu hari nanti, orang Malaysia sendiri tak boleh berniaga sebab semua mereka yang sapu.

Harap pihak berkuasa jalankan tugas dan membanteras mereka semua ini. Esok lusa dah teruk baru nak buat siasatan, tak jadi apa. Ini negara kita, kita peliharalah sama-sama.

K7L : Bersepah dekat Bandar Sri Permaisuri, area PWTC, area Ampang.. asal tak check IC?...

2 ulasan:

  1. Kat kotaraya dah jd Bandar bangla Dan Myanmar..paling aku benci bangla kerja serves food Kat mana2 food court.tolong jgn bagi pekerja asing jual mknan Dan minuman diaorng Ni layak kerja di ladang Dan construction saja. Rakyat Malaysia tkda kerja pasal pati ambil tmpt. Skrg Ni pati bwk motor Dan kereta tanpa lesen sesuka hati. Polis Dan jpj tau tp bila kena tahan je lepas sb dah masyukk..apa nk jadi dah dgn Negara kita Ni Ada menteri pun sengal semuanya.

    ReplyDelete
  2. Itu lah kehebatan imigresen yang hanya tahu melihat dan megambil tindaka jika bersalah, dalam hal ini saya ingin menyarankan beberpaa perkara yang akan kurang senagn dan bakal menjadi isu besar khusus - pak-pak mertua atau mak-mak mertua bagi warga asing yang berjahwin dengan warga rakyat malaysia yang mana kemudian memulakan perniagaan.

    Perlu diingatkan bhawa , syarat kelulusan awal memberi kebenaran bekerja , adalah 'tidak boleh berkahwin dengan mana-mana warag tempatan, dan jika berkahwin maka guguslah permit nya dan mereka ini boleh dihantar pulang. kenapa imigresen tiak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka bila mengetahui mereka berkawin, soal sah atau kasihan atau apa juga alsan tidak perlu malah jika jika berkahwin mereka harus membawa pulang isteri mereka ke negara asal dan buka mengekuarkan permit boleh tinggal kerana berkahwin. dalam hal ini , kesilapan awal telah dibuat oleh pihak kerajaan.
    Jadi selesaikan hal ini dahulu.. nanti bersambung .. waktu berbuka telah sampai.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk