11/06/2015

DAP Nak Hancurkan Selangor Untuk Pastikan PAS Tak Ada Kuasa Selain Kelantan?



Nampaknya PAS sedang diancam dengan teruk oleh DAP. Sekali lagi DAP nak tunjuk kuasa mereka. Mereka hantar 'juruugut' mereka yang paling jahat iaitu Tony Pua, Toy Pua cukup suka kalau melawan PAS atau UMNO dan orang-orang Melayu yang kaya seperti Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Selepas orang-orang PAS di Pulau Pinang disuruh letak jawatan malahan ada yang mungkin dipecat tanpa bicara, DAP mengatur langkah ke negeri lain. DAP nak tunjuk mereka bukan sahaja RAJA di Pulau Pinang. Mereka juga RAJA yang mengawal PKR di Selangor.

 

Kini DAP menekan Azmin yang dinaikkan oleh DAP sebagai Menteri Besar Selangor untuk menyatakan sokongan. Pilih DAP atau PAS. Jika pilih DAP maka Exco-Exco PAS mesti ditukar kepada DAP mungkin.

Dan DAP memang tidak mahu lagi memberi apa-apa kuasa kepada PAS selagi DAP wujud di mana-mana Negeri. Kini mereka tahu PAS kepinginkan kuasa, mereka sekat kuasa dan kedudukan dengan harapan PAS akan menyerah kalah, kembali melutut di hadapan mereka.

Sejauh manakah survival PAS atau DAP selepas ini. PAS kata DAP tidak akan menang lagi tanpa bantuan PAS. Siapa yang akan 'dibunuh' dalam peperangan ini. PAS atau DAP yang tersungkur?

K7L : PKR paling untung sebab duduk diam...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk