05/06/2015

Kebangkitan Ulama PAS - DAP & PKR Pulaukan Muktamar PAS?


 

KUALA SELANGOR: Seperti yang dijangka pemimpin-pemimpin DAP memulau muktamar PAS yang bermula hari ini, sehari selepas Dewan Ulama PAS meluluskan usul menggesa parti itu memutuskan perhubungan dengan DAP.

Selain Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng, Ketua Pembangkang dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga tidak kelihatan pada majlis paling penting untuk PAS.

PKR diwakili oleh timbalan presiden Mohamad Azmin Ali.

Tindakan DAP itu sudah pun di jangka berikutan keputusan Lim untuk memutuskan semua hubungan di antara parti itu dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Lim juga menuduh Hadi sebagai seorang yang mungkir janji dan tidak menghormati kerangka kerjasama Pakatan Rakyat.

Semalam, Dewan Ulama PAS Pusat sebulat suara meluluskan usul tergempar memutuskan hubungan dengan DAP berikutan parti itu tanpa henti menyerang peribadi presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan parti Islam itu sendiri.

Usul berkenaan dibawa oleh perwakilan Perak, Nor Azli Musa yang disambut laungan 'takbir' oleh seluruh perwakilan.

"Usul kita adalah memutuskan hubungan dengan DAP. Bukan dengan PKR atau Pakatan Rakyat (PR). Sebab PR bukan DAP, dan DAP tidak semestinya PR.

"Kita sedia maklum bagaimana DAP lantang menggugat kedudukan PAS dan presiden dengan mengisytiharkan memutuskan hubungan dengan presiden kita, yang menjadi ayah kita," kata beliau.

Hadi hari ini dijangka mengupas hubungan parti itu dengan DAP yang bertambah buruk selepas Hadi bertekad mahu hudud di laksanakan di Kelantan dan memperolehi sokongan ADUN Umno di negeri itu untuk berbuat demikian. - Antara Pos 

Nampaknya PAS betul-betul sudah bersedia nak jatuhkan DAP dan berperang dengan mereka. Salah DAP juga sebab terus menerus hina Presiden PAS. Apapun kita tunggi drama apa yang akan berlaku.

K7L : Mungkin bila nanti...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk