12/06/2015

Setuju! - Cukai Lebih Kalau Nak Minum Air Manis! #KurangDiabetes


 

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan berhasrat untuk mengenakan cukai tambahan ke atas minuman dan makanan dalam tin yang mengandungi kadar gula yang tinggi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, ia merupakan pendekatan jangka panjang kementeriannya bagi mengurangkan pengambilan nutrisi tidak sihat dalam kalangan masyarakat tempatan.

"Cadangan masih di peringkat perbincangan di antara kementerian dan pengilang.

"Kita sedang mencari mekanisme terbaik untuk melaksanakan cukai tersebut," katanya selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Persatuan Pakar Pemakanan Malaysia kali ke-21 di sini hari ini. - Kosmo

Sama je pun. Esok kalau sakit tetap pakai banyak duit. Alang-alang cuba nak sakit, apa kata bayar lebih minum air tin yang tinggi kadar gula untuk dapatkan penyakit? Selain itu rakyat Malaysia juga akan tahu mana satu air yang tinggi kadar gula dengan yang tidak hanya pada harga.

Jadi Keris amat bersetuju dengan cadangan sebegini. U have to pay your own price to get sick. Nak sakit sila bayar lebih.

K7L : Proaktif jugak Menteri Kesihatan ni...

1 ulasan:

  1. Saya juga setuju... kat luar Negara dah lama buat mcm tu. Galakkan rakyat minum air putih jer.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk