09/06/2015

Dewan Ulama PAS Teruskan Bedilan Kepada Cauvinis DAP?


 

KUALA LUMPUR 7 Jun – Pas Pulau Pinang diminta tidak terpengaruh dengan provokasi Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung peletakan jawatan wakil parti itu dalam kerajaan negeri.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali (gambar) berkata, sebaliknya Pas negeri perlu membiarkan Guan Eng dengan segala keangkuhannya itu bertindak menurut apa yang dikehendaki oleh DAP.

“Keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP adalah melibatkan hukum syarak. Badan yang akan bersidang untuk memutuskan hukum syarak itu ialah Majlis Syura Ulama.

“Sebagaimana tahaluf siyasi dengan DAP sebelum ini diputuskan hukum keharusannya oleh Majlis Syura Ulama dengan enam syarat.

“Maka begitulah untuk membatalkannya perlu dilihat hukum syarak sejauh mana syarat-syarat keharusan tahaluf siyasi telah dilanggar oleh DAP,” katanya dalam satu kenyataan di blognya http://drtakiri.blogspot.com hari ini.

Semalam, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya berkata, peletakan jawatan yang dijangkakan daripada wakil Pas dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan diterima dengan segera tanpa soalan.

Beliau berkata, pe­letakan jawatan wakil Pas dalam kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP tidak dapat dielakkan berikutan keputusan Muktamar Tahunan Pas Pusat kali ke-61 untuk menerima usul Dewan Ulama tanpa perbahasan bagi memutuskan hubungan dengan DAP, meskipun kekal dalam pakatan rakyat.

Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin memberitahu, tidak perlu mana-mana ahli dan pimpinan Pas mendahului Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Pas Pusat dengan mengambil tindakan sendiri meletakkan jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang.

Katanya, begitu juga dengan pimpinan Pas di Selangor yang sama-sama membentuk Kerajaan Negeri Selangor menerusi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan juga melalui persetujuan bersama kepada Sultan Selangor.

Lebih-lebih lagi kata beliau, Kerajaan Negeri Selangor bukan milik DAP sendirian tapi dikongsi bersama tiga parti yang menyumbang kemenangan pilihan raya lalu.

“Tambahan pula usul Dewan Ulama Pas juga dalam masa yang sama menegaskan ‘kekal dalam Pakatan Rakyat’ dan bukannya keluar dari pakatan,” ujarnya.


Nampaknya Dewan Ulama PAS yang selama ini membisu dan menikus dah berani menyerang puak DAP secara berterusan. Jika tidak dahulu mereka hanya berani mencuit sahaja.

Entah semangat apa yang merasuk mereka, kini mangsa sudah menjadi pemangsa. DAP yang disangka Naga pakatan, kini menjadi cicak mengkarung sahaja. PAS sudah mula memberi tekanan yang berlipat ganda.

Jika sebelum ini PAS simpan taring mereka tatkala DAP terus menerus menyerang Presiden PAS sebelum pemilihan. Kini masing-masing rasa dah boleh gigit DAP biarpun ada yang pakai gigi palsu dan gigi tumpul.

Siapa yang akan mengalah? Itu persoalannya..

K7L : Biar masa jadi penentu..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk