Nik Abduh antara yang lantang dalam menyerang kewujudan puak Liberal yang menjadikan PasMa sebagai satu platform untuk publisiti dan pilihan lain sekiranya mereka gagal tawan PAS dalam pemilihan.
Bukan baru hari ini Nik Abduh melawan gelombang liberalisasi PAS dan tangan ghaib DAP yang cuba mengait perjalanan dan perjuangan PAS yang sering menjadi Keldai terhadap tuntutan Pakatan Rakyat yang tidak menguntungkan PAS.
Nik Abduh juga menjadi mangsa serangan DAP kerana dilihat sebagai liabiliti sekiranya Nik Abduh ada pegang jawatan dalam PAS. Kini dia memilih untuk membersihkan Dewan Pemuda PAS dari anasir DAP.
Samada dia berjaya atau tidak semuanya terletak di tangan ahli PAS. Jika mereka terus mahukan DAP sebagai rakan dan tunduk dengan permintaan DAP, maka undilah Ahmad Awang, Mat Sabu, Suhaizan dan Zailah. Empat individu yang dikatakan telah 'dibeli' oleh tangan ghaib.
Apa kita lihat, cubaan sama seperti tahun 1980-an cuba dilakukan sekali lagi. Berjayakah puak liberal menanam terus puak Ulama yang dilihat sedang bangkit atau puak liberal terus hidup bagaikan Zombie dalam PAS?
K7L : Kalau perwakilan pun kena beli.. jangan mengaku pejuang Islam..
0 ulasan:
Post a Comment