10/06/2015

Sifat Cauvinis DAP Yang Buruk Siku! - Hapuskan Kuasa PAS Dari Masjid/Surau Penang?


  

Haha! Kelakar. Lawak. Lucu. Apa lagi yang boleh diungkapkan untuk babak Merajuk daripada Lim Guan Eng dan DAP terhadap PAS? Selepas Pemilihan PAS tidak memihak kepada DAP.

Yang mana kita pun tahu DAP masuk campur pemilhan PAS untuk pastikan 'belaan' dia yang dengar cakap akan menang biarpun CEC mereka sendiri masih belum selesai. Tetapi segala yang dirancang dan disusun setelah sekian lama menemui jalan yang penuh kegagalan.

Disebabkan itu, Guan Eng yang menjadi 'Tokong' DAP bertindak menyuruh semua orang PAS menyerahkan kembali dengan meletakkan jawatan-jawatan penting di Pulau Pinang. Mujahid Yusof Rawa dan Mat Sabu antara yang menjadi 'gentleman' letak jawatan.

 

Padahal jawatan Mat Sabu dan Mujahid tu satu perjanjian. Selagi Mat Sabu dan Mujahid dalam barisan kepimpinan PAS, maka dia akan dapat kelebihan itu. Sekarang apa jawatan pun tak ada dalam PAS, boleh angkat kakilah. Bela pun tak guna kata DAP.

Yang ada jawatan besar pun mereka berdua je rasanya. Mat Sabu letak jawatan ahli lembaga pengarah di Perbadanan Air Pulau Pinang dan Hub Halal Pulau Pinang.

Dan Mujahid Yusof Rawa telah meletakkan jawatan sebagai pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang dan ahli lembaga Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB).

1,100 ahli PAS yang lain juga disuruh letak jawatan yang mana hampir 70% adalah mereka yang dilantik di masjid dan surau sekitar Pulau Pinang. Kenapa mereka nak balik? Sebab mereka nak bagi jawatan itu pada orang yang boleh rosakkan Ummah. 

Hari ini kita tengok, UMNO yang dikecam dan dikeji PAS tidaklah sebusuk hati macam DAP. Apabila PAS tidak bersekutu dengan DAP, mereka 'benam' PAS habis-habisan sampai tak ingat mereka yang bekerja itu ada anak bini nak kena tanggung.

Sekurang-kurang UMNO tak tutup kelas PASTI malahan beri bantuan secara senyap. DAP buat apa? Nak suh hapuskan terus jejak dan kuasa PAS di Pulau Pinang. Kenapa? Sebab mereka rasa mereka Raja di sana.

Jadi apa lagi PAS nak buat?

K7L : Hadi mungkin akan buat kejutan.. ada kemungkinan Lim Kit Siang heart attack dengan kejutan itu..

3 ulasan:

  1. Tak sabar nak dengar kejutan dari Hadi dan tengok muka kit siang si apek celaka tu.

    ReplyDelete
  2. Bagus lah baru padan muka puak PAS, kawan lagi dengan syaitan, masjid dan surau kembali aman.

    ReplyDelete
  3. Melayu Prihatin10 June 2015 at 20:09

    dajjal PP tu hanya nak tunjukkan belang dia yg sebenarnya ...
    kalau org PAS khususnya, dan org Melayu amnya TAK JUGA FAHAM-FAHAM, mmg nak kiamatlah bangsa Melayu ni ...

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk