04/06/2015

Mat Sabu Duri Dalam Daging PAS? - Perang Sudah Mula!


 

Kekalahan dua Ketua Sayap pilihan PasMa menjadikan Mat Sabu lebih tidak senang duduk. Jika dulu dia menang kerana dua calon Ulama bertembung dan sebelum ini agak bernasib baik apabila YB Mohd Amar tidak dapat sokongan.

Hari ini senario mula berbeza. Tak guna Mat Sabu nak tunjuk baik dengan Hadi. Sebab Hadi dah tahu yang Mat Sabu duri dalam daging PAS. Ramai hali PAS dah tahu dan bersedia untuk gulingkannya.

 

Sebelum ini Mat Sabu dan konco-konconya rasa sangat yakin setelah penubuhan PasMa. Dah bajet plan cun gila untuk kalahkan team Ulama PAS. Tapi mereka lupa akan kuasa akar umbi PAS.

Sekejap sahaja satu demi satu tumpas. Tidak ada yang tertinggal sekiranya calon itu menyokong PasMa dna Mat Sabu. Kali ini akar umbi tak mahu beri muka dan lebih bersetuju untuk tidak terus menjadi keldai DAP seperti yang Mat Sabu impikan.

Apapun kita lihat pertempuran esok. Signal sudah pun diberikan kepada team PasMa dan yang menentang Team Ulama PAS. Dewan Ulama PAS pun dah beri isyarat 'No' kepada hubungan dengan DAP.

Mereka nak kekal dalam Pakatan tetapi tidak ada hubungan dengan DAP. Keliru? Samada PAS mendesak DAP berambus atau PKR-DAP bubarkan Pakatan yang tidak berdaftar. Jadi PAS tidak akan dilabel sebagai pengecut.

Dan mungkin Selangor akan kembali kepada PAS dan UMNO dalam kerajaan campuran sama macma sekarang. Cuma Menteri Besar baru mungkin daripada PAS. PAS sudah mula tunjuk taring sebab tak tahan dipijak lagi?

Apapun sambutlah salam persaudaraan dengan UMNO. Jika tidak, Islam akan terus dijual. Jadilah PAS yang dahulu, menjadi pembangkang yang menstabilkan negara, bukan merosakkan dengan fitnah dan cara kotor.

K7L : Kita tunggu keputusan hari ini pula...

2 ulasan:

  1. Kikiki.... pening kepala bdak2 kecik nak memahamkan politik org tua....

    Tapi sblom.pas keluar... kasi balun dap cukup2...

    Kita mau lihat dap tersungkur...samada secara fizikal atau politik...

    ReplyDelete
  2. Berdoa aje jgn Islam ditindas dihina dn ditegah/dihalang mlakukan ibadat.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk