15/06/2015

Mazlan Aliman Letak Jawatan Tak Sampai Sebulan Sebab Rasa Diri Alien? #PasMaSunyi



ALOR SETAR - Pemimpin PAS dari Johor, Mazlan Aliman mengejutkan ramai pihak hari ini apabila mengumumkan dirinya meletak jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat berkuatkuasa serta merta hari ini.

Mazlan yang juga difahamkan adalah satu-satunya calon pro-Pakatan Rakyat yang terpilih bagi jawatan AJK PAS Pusat pada pemilihan parti itu pada awal bulan ini bagaimanapun dilaporkan masih akan tetap bersama PAS sebagai ahli biasa.

"Saya meletakkan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkuatkuasa serta merta," katanya dalam satu sidang media yang berlangsung di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut di ibu negara pagi tadi.

Mazlan difahamkan memberi alasan perletakan jawatan tersebut adalah disebabkan mahu memberi tumpuan yang lebih terhadap NGO yang diketuainya, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).

Pada pemilihan PAS yang lalu, Mazlan hanya menerima 593 undi dari perwakilan dan berada di kedudukan ke-14 dari 18 AJK PAS Pusat yang dipilih para perwakilan sekaligus menyaksikannya sebagai satu-satunya pemimpin pro-Pakatan Rakyat yang terpilih.

Ekoran itu, Mazlan dikatakan sempat meluahkan rasa sedih dan kecewanya apabila ramai rakan sealiran dengannya tewas bertanding dalam pemilihan pucuk pimpinan PAS yang menyaksikan penguasaan penuh golongan pro-ulama di dalam parti tersebut.

Malah katanya lagi, dia turut terkesan dengan krisis yang dihadapi PAS pada ketika ini yang dianggapnya sangat mencabar dan memerlukan kesabaran tinggi.

Dengan perletakan jawatan tersebut, dikatakan tiada lagi pemimpin pro-Pakatan Rakyat yang menganggotai pucuk pimpinan PAS bagi penggal 2015/2017 ini dalam semua peringkat pimpinan tertinggi parti tersebut. -Kedahnews.com

Haha! Mamat ni bukan apa sangat pun. Dia letak jawatan sebab taknak rasa sorang-sorang dalam Meeting PAS. Keris rasa team Ulama sengaja bagi dia menang. Orang kata ada badut dalam barisan boleh juga buat gelak-gelak.

Apapun dengan perletakan jawatan Mazlan Aliman, bermakna PasMa sudah tiada lagi dalam barisan. Nampaknya tiada sudah orang yang Pro DAP dalam PAS. Mungkinkah PAS akan beri tekanan semula kepada DAP?

K7L : DAP pulak kena tekan mesti kelakar...

2 ulasan:

  1. kau masuklah dap, jadi barua macam situa jenglut putih...

    ReplyDelete
  2. Jadikan dia BABI SEJUK (seperti main DAM HAJI) dikelilingi oleh PRO ULARSEMAK...

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk