27/09/2012

Selepas 10 Tahun Akhirnya MalaysiaKini Kantoi Besar!




AWANG tertarik dengan pengakuan wartawan veteran YL Chong yang meletak jawatan sebagai editor berita Malaysiakini lebih sedekad lalu.

Menurut Chong, punca beliau bertindak demikian kerana portal berita itu tidak telus dan cuba menyembunyikan penerimaan dana daripada penyangak mata wang Yahudi, George Soros. Pengakuan beliau itu muncul selepas media mendedahkan Malaysiakini dan Suaram adalah antara pertubuhan antikerajaan yang menerima dana asing termasuk daripada Soros.

Siasatan awal pihak berkuasa mendapati ada bukti kukuh kedua-dua organisasi itu menerima dana secara konsisten antaranya daripada National Endowment for Democracy (NED) pimpinan tokoh Yahudi Carl Gershman dan Open Society Institute (OSI) milik Soros.

Menurut Chong, dua teraju Malaysiakini iaitu Steven Gan dan Premesh Chandran enggan mengakui secara terbuka menerima dana OPI. ‘‘Malah Gan berkata Malaysiakini akan mati jika mengaku menerima pembiayaan Soros,’’ kata beliau mengimbas peristiwa 11 tahun lalu.

Awang tidak terkejut. Selama ini, portal berita propembangkang itu mempunyai reputasi laporan berat sebelah selain suka memburuk-burukkan kerajaan. Lebih sedekad Malaysiakini membawa agenda dan aspirasi luar yang mencurigakan.

Rupa-rupanya mereka ada ‘tuan’ di luar, yang suatu ketika hampir-hampir menjahanamkan negara menerusi serangan mata wang ketika krisis kewangan Asia. Atas sebab itu, Malaysiakini kelihatan agresif memainkan peranannya menjadi ejen propaganda asing dan pembangkang dengan berselindung atas nama kebebasan media alternatif.

Beberapa siri perhimpunan haram Bersih yang penganjurannya turut menerima dana asing daripada OSI, digembar-gemburkan secara luar biasa oleh Malaysiakini. Tetapi perhimpunan itu gagal menumbangkan kerajaan Malaysia seperti yang menjadi agenda tersirat. Bukan rahsia lagi Soros adalah antara tokoh yang membiayai gerakan menggulingkan kerajaan Islam di Asia Barat dan Afrika Utara.

Minggu lalu Awang menyentuh tentang pengaruh Soros ke atas media antarabangsa. Stesen TV Fox News pernah melaporkan bagaimana lebih 30 organisasi media menerima wang kotor daripada Soros agar kandungan berita mengikut percaturan beliau.

Apa pun Awang ucapkan tahniah kepada Chong atas keberaniannya mendedahkan kebenaran. Itu jugalah tindakan yang diambil oleh editor dan wartawan kanan di beberapa negara Barat setelah mengetahui campur tangan asing dalam organisasi media. Ia bukan setakat soal dana asing, etika kewartawanan atau wang kotor untuk menyara keluarga.

Lebih daripada itu ia adalah soal kedaulatan negara, yang semua warga negara tidak seharusnya berkompromi. Untuk apa mengkhianati negara sendiri dengan membuka pintu kepada anasir asing?

Awang Selamat

Blog The Unspinners percaya Pramesh Chandran ini adalah salah seorang dari tiga penggerak utama SUARAM, iaitu Dr Kua Kia Soong dan Sivarasa Rasiah.

Jadi Keris berpendapat selama ini mereka berpura-pura tiada duitlah. Huh! Ada sesiapa yang mahu siasat?


K7L : Income Tax kalau masuk apa jadi ya?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk