15/09/2012

Pro-M Bawa Niat 'Sahaja Aku Menghina Sultan Kerana Allah Taala' - Ini Bukan #AspirasiMahasiswa



Berikut adalah kenyataan yang diambil daripada FB Khalid Ismath. Seorang penuntut UiTM yang membawa semangat Pro-M. Inilah bukti penentangan mereka terhadap institusi negara. Pro-M sebenarnya membawa aspirasi pembangkang. 

Dek kerana telah hadam doktrin pembangkang, kini Khalid telah menunjukkan belangnya tanpa segan silunya dengan biadap terhadap sultan. Keris rasa dia ini bukan melayu sebab itu dia sanggup cakap begitu.


Kepada seluruh rakyat Malaysia, ini baru seorang daripada Pro-M yang keluar kenyataan dan lazimnya pendirian mereka semua sama. Bayangkan jika anak-anak kita terlibat dengan Pro-M yang kini menjadi militan pembangkang. Agak-agak apa jadi kepada negara jika golongan muda di IPT diresapi dengan dakyah militan pembangkang yang dibawa oleh Pro-M?

Apakah kita mahukan lebih ramai lagi golongan mahasiswa diperalatkan dan diubah menjadi biadap sebegini? Tidak cukupkah lagi dengan pijak gambar Perdana Menteri kini Sultan pula dihina? Inilah pelajar hasil Pro-M yang juga menjadi medan kelahiran golongan mahasiswa berfahaman militan doktrin pembangkang.

Ini bukan seperti yang dibawa oleh AspirasiMahasiswa. Mereka tidak terikat dengan dakyah bodoh dan rela diperalatkan oleh pembangkang sebagai militan. Kepada para pelajar yang akan menghadapi pilihanraya kampus, Keris sarankan supaya menolak Pro-Militang yang tidak sama sekali membawa #AspirasiMahasiswa.

K7L : Mereka buktikan kedudukan dan status mereka adalah sebagai suara pembangkang..bukan suara sebenar mahasiswa..bukan #AspirasiMahasiswa

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk