25/09/2012

Pengerusi #ProMenipu UM Dipukul? Calon #ProMenipu UIAM Diculik? Calon #ProMenipu UKM Dibunuh?




Siri pembohongan #ProMenipu telah pun bermula lagi. Episod-episod lepas kini dimainkan semula dan digarap dengan perencah AspirasiPembangkang yang lebih umpphh. Di UM kini khabarnya Edikoup Lakip S. telah dipukul dengan kejam.


Keris terbaca di blog 1peluru, kini #ProMenipu UM sudah tergugat untuk pengundian esok dan mengambil langkah menagih raih simpati dengan memukul kepala mereka sendiri. Ini merupakan konspirasi tagih simpati yang sangat tipikal kepada #ProMenipu. Mereka akan membuat pelbagai lakonan dan drama demi raih undi simpati.

Ini baru sahaja berita tentang Edikoup dipukul, kini di UIAM poster-poster calon bukan daripada kalangan WUFI telah pun diturunkan malam tadi dan semua ahli WUFI berkumpul dan berkawal dengan memegang senjata seperti kayu dan paip [KLIK SINI]. Jangan terkejut jika episod di UM, Edikoup dipukul dan di UIAM akan ada calon pasti kalah mereka diculik! Konspirasi yang tipikal dan akan raih simpati.


Dipukul dan diculik! Dua episod yang mungkin berlaku untuk meraih simpati dan tidak mustahil akan wujud episod calon dibunuh pula di UKM setelah episod garapan mereka bermula petang tadi!


BANDAR BARU BANGI: Aspirasi Mahasiswa UKM tiada pengetahuan kes ugutan bunuh diterima calon-calon GMUKM Pro-M yang cenderung kepada pakatan pembangkang. Baca selanjutnya di [SINI].

Apalagi episod yang akan dimainkan oleh #ProMenipu di UM, UIAM dan UKM untuk raih undi simpati setelah mereka tersentap dengan persaingan yang agak sengit pada tahun ini?

Mengenang kembali nostalgia lama episod cinta luka #ProMenipu, Keris kongsikan apa yang berlaku pada #PRKampus yang lepas-lepas yang dijadikan sebagai filem #ProMenipu :

901 : SKRIP LAKONAN SAFWAN ANANG. DIMANA IA BERMULA


Wajah penipu Muslimat Pas?

DUNIA HARI INI SEKELUARGA JADI PELAKON

Tarikh perkahwinan : 11.11.11, Safwan dan Masturah selamat diijabkabulkan di rumah pengantin perempuan di Sungai Buloh . Patutlah pandai berlakon sebab pilih tarikh nikah dan kahwin pun ikut tarikh ramai pelakon dan penyayi kahwin macam ezylin

Masturah ialah isteri kepada safwan anang. Suaminya safwan anang telah dipilih menjadi pelakon oleh anwar adalah kerana ibu mertua dan ahli keluarganya merupakan pas tegar.Masturah telah berlakon hilang di culik sebelum pilihnaraya kampus.Beliau telah "muncul" kembali betul-betul pada hari pengundian bagi Pemilihan MPMUM 10/11 21 Februari lalu. Namun Masturah dan Ibu beliau,Mariam bt Abdul Rashid, tidak mengeluarkan kenyataan apa-apa pada media.

Selepas isteri membuat lakonan, tibalah suami pula memainkan peranan dalam insiden di upsi. suami buat perangai supaya polis dikhabarkan sebagai bertindak kasar.

Skrip lakonan di hospital bersama mahfuz.

skrip lakonan buat laporan polis guna kerusi roda. mantop pelakon tambahan

LAKONAN SELANJUTNYA IALAH PI BERDEMO. POLIS ZALIM. POLIS TAKUT ANAK MUDA. UMNO PI HANCUR DAN NANTIKAN LAKONAN SEHEBAT SAFWAN ANANG

Siswi Hilang


Dakwa dipukau sebelum dilarikan

SUNGAI BULOH – “Saya tidak ingat apa-apa. Sedar saja saya ternampak sebuah masjid dan restoran. Saya terus terus pergi ke restoran itu untuk mendapatkan bantuan.”

Demikian menurut Mastura Abu Bakar, 22, pelajar tahun dua jurusan Sains Politik, Universiti Malaya yang diculik petang Sabtu lalu.

Menurutnya dia tidak mengingati apa-apa selepas membeli kad ‘topup’ dan keluar dari sebuah kedai berhampiran Apartmen Pantai Permai Pantai Dalam pada hari kejadian.

“Bila saya sedar badan terasa amat lemah dan perut saya amat lapar. Saya minta bantuan daripada pemilik restoran itu untuk menghubungi keluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Merbau Sempak, semalam.

Mastura yang juga calon proMahasiswa (Prom) ditinggalkan penculiknya di Jeras Jernang, Bangi sebelum keluarganya menerima panggilan kira-kira jam 11.20 malam semalam memaklumkan penemuan anaknya itu.

Kelmarin satu laporan polis dibuat di Balai Polis Pantai berhubung kehilangan Mastura.

“Saya akan tetap akan terus bertanding dalam pilihan raya kampus dan kejadian ini tidak langsung mematahkan semangat saya daripada terus berjuang,” katanya yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan dan Pembangunan, Persatuan Mahasiswa Islam UM.

Sebelum kejadian Mastura turut menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan menyuruhnya menarik diri daripada pilihan raya kampus yang berlangsung semalam.

Sementara itu ibunya, Mariam Abdul Rashid, 49, bersyukur kepada Allah SWT kerana anaknya dapat ditemui semula.

“Terima kasih kepada mereka yang mendoakan keselamatan anak saya dan termasuk pihak Pas Selangor yang mengerakkan sembahyang hajat di masjid-masjid di seluruh Selangor,” katanya.

Menurut Mariam dia percaya anak d:ipukau sebelum dilarikan dan penculiknya didakwa mempunyai motif tertentu terutama untuk menggagalkan pilihan raya kampus universiti itu.

“Saya benarkan anak saya untuk bertanding kerana itu tanggungjawabnya dan saya akan terus menyokongnya,” katanya.

Difahamkan hasil laporan pemeriksaan hospital mengesahkan keadaan fizikal Mastura baik.

“Saya harap polis dapat memberkas mereka yang bertanggungjawab dalam hal ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah pada sidang medianya berkata, setakat ini polis mengklasifikasikan kejadian tersebut sebagai kes hilang dan bukannya culik.

"Keterangan mangsa masih belum direkodkan tetapi kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang unsur jenayah. Walau bagaimanapun, kita harap mangsa dapat memberi kerjasama kepada polis," katanya.

Calon pilihan raya UM ditemui lemah di Bangi

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my


MASTURAH (kiri) ditemani ibunya, Mariam pada sidang akhbar mengenai kehilangannya di UM, Kuala Lumpur semalam.

Ini bukan kali pertama #ProMenipu UM berdrama dan menipu. Anda boleh baca di [SINI] dan [SINI].

K7L : Geram punya pasal sebab mereka gemar menipu..langsung Keris tulis panjang..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk