06/09/2012

Ada Doktor Sahkan Bekalan Air Di Selangor Punca Rakyat Selangor Sakit?


Keris tadi pergi ke klinik. Wah! Biasa takdelah ramai macam ini. Maka apabila tiba masa Keris untuk diperiksa, sempat keris bertanya kepada doktor yang merawat tentang mengapa ramai sangat yang datang ke klinik. 

Katanya kebanyakan yang hadir mengalami cirit birit. Perkara ini berlaku sejak masalah air yang dipandang remeh oleh Kerajaan Negeri Selangor bermula. Nampaknya Kerajaan Negeri Selangor hanya mementingkan wang dan kepentingan politik sahaja berbanding kebajikan rakyat. Ini menjadi salah satu sebab mengapa PR perlu ditolak daripada terus memerintah Selangor.


Masalah cirit birit (diarrhoea) selalunya dikenal pasti melalui peningkatan kekerapan membuang najis yang lembut dan berair dalam tempoh yang singkat. Kekerapan pembuangan najis berbeza di kalangan individu. Terdapat individu yang membuang air besar sekali dalam tempoh dua hingga tiga hari. Ada laporan yang mencatat berat normal najis sehari lebih kurang 100 hingga 150 gram. Jika beratnya mencapai 200 hingga 300 gram (atau lebih daripada 200ml/hari), ini dianggap sebagai cirit birit.

Faktor utama yang menyebabkan berlaku cirit-birit ialah pengumpulan air pada bahagian usus. Kandungan air meningkat kepada 60 hingga 90 peratus. Air ini sepatutnya diserap semula oleh usus. Cirit-birit berlaku apabila faktor-faktor tertentu mengganggu keupayaan usus untuk menyerap air dan garam mineral daripada najis. Kadangkala najis tersebut berdarah, bernanah dan berlendir.
Cirit-birit sering dilihat dan dirawat sebagai masalah gastrousus (sistem penghadzaman) yang tidak serius dan sementara. Lebih daripada 50 jenis penyakit termasuk penyaki-penyakit kronik seperti buah pinggang, jantung, hati kelenjar tiroid dan AIDS akan menyebabkan masalah cirit-birit. Selain itu, pelbagai jenis ubat boleh menyebabkan kesan sampingan cirit-birit. Cirit-birit juga sering dikaitkan sebagai tanda penyakit yang utama.
Usus besar manusia mempunyai dua fungsi, penyerapan dan penyimpanan. Di bahagian penyimpanan, usus menyimpan bahan-bahan buangan yang dikenali sebagai najis. Najis ini terdiri daripada 75 peratus air dan 25 peratus bahan-bahan lain seperti makanan yang tidak dapat diserap, sel-sel tubuh yang telah mati, kuman bakteria, bahan garam mineral yang tidak diserap dan dalam kuantiti yang kecil. Dalam saluran usus, kuman bakteria menghasilkan vitamin dan bahan kimia yang dikenali sebagai ammonia.

Kuman yang sering berada dalam kawasan usus dikenali sebagai Bakteroides dan Laktobasilus. Selain itu, terdapat juga jenis bakteria yang dipanggil sebagai Escherichia coli, Streptococus Clostridium dan juga kulat yang tinggal dalam usus besar manusia. Kuman-kuman ini akan menjadi merbahaya apabila jumlah mereka mengganda tanpa kawalan. Di antara faktor yang boleh merubah atau mempengaruhi jumlah kuman-kuman ini ialah jenis pemakanan, tahap keasidan bahagian usus, penyakit gastrousus dan ubat-ubatan seperti antibiotik.

Bagaimana cirit-birit boleh berlaku?
Cirit-birit berlaku akibat pelbagai perkara, menyebabkan pihak perubatan sukar untuk mengenal pasti punca masalah tersebut. Ia memerlukan sejarah pesakit, pemeriksaan fizikal dan ujian makmal yang rapi. Punca masalah ciri-birit boleh berlaku akibat masalah psikogenik (ketegangan emosi dan kerisauan), neurogenik (gangguan sistem saraf), selepas pembedahan, gangguan sistem kelenjar (edokdrin), rengsaan, osmotik, pemakanan, alahan, masalah penyerapan makanan dan garam mineral, jangkitan serta radangan.

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk