09/09/2012

Bukti @KhalidIbrahim Guna Duit Rakyat Taja Beli Bas VIP Dan Bukan Sewa?



Penafian yang dibuat oleh Khalid Ibrahim tempohari didalam Akhbar Sinar kini di dalam status diragui. Sebenarnya sejak dari mula lagi Keris sudah curiga dari mana mereka ambil wang untuk berbelanja samada dalam pembelian bas, ubahsuai bas termasuk kos perjalanan jelajah dia. Akhirnya bukti telah dikeluarkan dimana Khalid Ibrahim sendiri merupakan pemilik bas tersebut dan bukannya disewa. 



Dan Keris terima bukti diatas bahawa bas tersebut dibeli atas nama Khalid Ibrahim. Kemungkinan besar Kerajaan Negeri Selangor merupakan penaja terbesar untuk program jelajah Anwar yang memang sia-sia itu. Sanggup berbelanja tetapi menolak untuk membina satu lagi pusat merawat air. Termasuk juga mereka tidak membantu Unisel [Klik Sini] seperti yang dipersoalkan blogger Salah Ad Din. 

Bayangkan bagaimana mereka pergunakan duit rakyat untuk kepentingan politik sendiri. Air di Selangor masih belum selesai. Isu kronisme pasir Khalid juga masih belum selesai. Masalah penempatan perumahan juga bermasalah. Banyak sebenarnya perkara yang belum selesai namun kelihatan pembaziran wang rakyat Selangor semakin ketara. Persoalannya, apakah rakyat Selangor masih mahukan pemerintahan perah duit rakyat oleh pakatan haram ini?

K7L : Rakyat Selangor bangkit!


0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk