17/09/2012

PEMUDA Bersuara Pasal Innocence of Muslim! @KhairyKJ @razaliibrahim




Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) mengecam sekeras-kerasnya penerbitan filem berjudul Innocence of Muslim oleh Sam Bacile, yang menghina, mengutuk dan memaparkan penipuan tentang peribadi dan ajaran Nabi Muhammad SAW bahkan juga Al-Quran serta para sahabat Baginda Rasulullah SAW.

Kecaman ini adalah penzahiran daripada rasa marah seluruh Umat Islam di negara ini. Filem itu langsung tidak menghormati sensitiviti Umat Islam serta batasan di dalam kebebasan bersuara. Sebagai Umat Islam yang mencintai Rasulullah SAW, kami sekali lagi mengulangi kutukan ini dan meminta pihak berkuasa di Amerika Syarikat mengambil tindakan sewajarnya ke atas penerbitan filem ini yang sangat jelas adalah suatu provokasi liar, biadap dan mencemar hubungan dan toleransi antara agama.

Pada masa yang sama Pemuda UMNO berpendirian bahawa segala reaksi dan bantahan hendaklah dengan aman sejajar dengan ajaran Agama Islam yang mengingatkan penganutnya daripada bertindak melampaui batas. Oleh itu, dalam Pemuda UMNO mengutuk filem Innocence of Muslim, kami juga menyelar tindakan keterlaluan sehingga mengakibatkan kematian Duta Amerika Syarikat ke Libya. Ingatlah ketika Nabi Muhammad SAW dihalau serta dibaling batu sehingga berdarah ketika berdakwah di Thaif, Baginda tidak membalas tetapi mendoakan agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada penduduk di sana. Inilah qudwatun hasanah atau contoh terbaik daripada Rasulullah SAW sendiri.

Pemuda UMNO sekali lagi menegaskan bahawa kami langsung tidak berkompromi di dalam isu yang jelas mencaci Agama Islam seperti filem ini yang begitu menghina Nabi Muhammad SAW. Namun pada masa yang reaksi keterluan tidak menetapi kehendak ajaran Agama Islam kerana Agama Islam itu indah dan mendamaikan.


PEMUDA UMNO MALAYSIA

Bagi Keris pula, ya mereka akan terus menerus membuat propaganda memburukkan Islam dan juga mahu menimbulkan Islamicphobia supaya Islam menjadi lemah. Dengan menghina Rasulullah S.A.W. sudah tentu umat Islam seluruh dunia akan marah dan menimbulkan ketegangan. 

Lihat sahaja ada yang sudah menjadi mangsa pembunuhan, dan berita siapa yang dibunuh akan diperbesarkan supaya Islamicphobia wujud semula dan kekal didalam hati warga dunia. Agenda mereka jahatkan?Agenda memburukkan Islam sebenarnya bukan sahaja tertumpu kepada Nabi Muhammad S.A.W sahaja kerana ia menyentuh kepada hinaan kepada Islam secara total. 

Kita lihat pula senario  yang berlaku di Malaysia, cubaan untuk merosakkan Islam sedang dijalankan cuma kita sedar atau tidak. UMNOPhobia cuba diterapkan dengan harapan gagasan Islam dan Melayu yang dibawa oleh UMNO akan musnah sekaligus melemahkan Islam di Malaysia. 

PAS bukan parti Islam yang kuat kerana tindakan mereka seolah-olah dkawal oleh DAP yang terang-terang anti-Islam. Jadi hati-hati dalam menilai dan agenda memburukkan pemimpin Islam adalah agenda zionis. 

K7L : Biadap bagi yang buat cerita tersebut..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk