05/09/2012

[Part 1] Lawatan TUDM : Charlie Aircraft Media Dirampas! @zakhirm



Mengejutkan! Dalam keadaan kali pertama Keris menaiki Charlie C130 milik TUDM, ketika dalam perjalanan kami dikejutkan dengan kehadiran 2 buah kapal perang MiG TUDM. Diberitahu oleh Juruterbang bahawa kapal Charlie C130yang dinaiki kami disyaki ada perampas di dalamnya maka kami terpaksa melakukan 'Force Down Landing'.

Setibanya di Pangkalan Udara TUDM Kuantan, buka sahaja pintu keluar satu unit PASKAU telah mengepung kapal dan kami diminta berbaris sebelum keluar. Satu persatu suspek disuruh melutut dan ditahan. Aneh! Bagaimana kami semua tidak perasan akan kehadiran mereka yang duduk dikalangan kami. Rasanya kami semua yang dijemput untuk pergi kenal antara satu sama lain.


Kemudian setelah selesai semua barulah kami tahu bahawa itu merupakan demonstrasi bagaimana Skuad PASKAU menjalankan tugas dalam menangani ancaman pengganas. Hebat dan terbaik! itu yang mampu Keris kata.


Tidak lama selepas itu ketibaan kami disambut oleh Menteri Pertahanan sendiri bersama Panglima-Panglima Perang Malaysia. Berbesar hati kerana disambut sebegitu dan Keris masih ingat apa yang MenHan kata kepada Keris,"Macamana rasa apabila kapal dirampas dan dipaksa mendarat? Seronok?". Haha! Memang seronok dan mengejutkan. Pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Nantikan kisah-kisah pengalaman dan sedikit pendedahan serta beberapa pandangan peribadi buat pembaca berkenaan Tentera Udara Diraja Malaysia dan sistem pertahanan negara.

Next : Apabila TUDM Kuantan Diserang Dengan Bom!


K7L : Tak boleh lupa muka Mctheory masa tu.. ala-ala S.Jibeng..betul tak abang Michael!..hehe

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk