Apa nak jadi dengan pelajar sekolah? Mengapa wujud masalah sosial sebegini? Jika tanya pandangan Keris berdasarkan pengalaman pernah menjadi pelajar sekolah, adalah kerana tidak dibimbing oleh ibubapa, masalah ibubapa yang sering bertelagah atau bercerai dan kerana pengaruh rakan sebaya.
Bagi menyelesaikan masalah sosial, tidak perlu menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi apa yang boleh dilakukan adalah usahasama dalam membendung masalah tersebut. Contoh yang boleh Keris sarankan adalah sesi kaunseling mengenalpasti masalah setiap pelajar sekolah. Kedua ibubapa sentiasa mengawal pergerakan dan pergaulan secara baik supaya mereka terkawal tetapi tidak merasa terkongkong. Ketiga jika ada pelajar sekolah dikenalpasti mempunyai masalah, cuba siasat dan bantu bukannya hukum.
Rasanya itu sahaja yang Keris mampu sarankan dan semoga pelajar sekolah yang dilahirkan kelak lebih berhemah dan bijak.
K7L : Ada bunyik la nanti ini semua salah BN..cayolahh,..
0 ulasan:
Post a Comment