10/09/2012

Dulu : Hormat Bendera Dipuji ; Kini : Hina Bendera Diagungkan



Lihat bagaimana usaha meresapkan anak-anak muda dengan sifat kebencian dan tidak hormatkan negara dilakukan oleh golongan penghasut seperti Isham Rais ini. Isham ini tergolong dalam golongan mereka yang tidak menghormati rukun negara. Sultan pun tidak dihina [Klik Sini] apatah lagi Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Sebenarnya hanya segelintir sahaja yang terhasut tapi Isham je yang beria macam bagus. Nak kata dia pakar sejarah belajar pun tak habis. Sang Saka Malaya yang dagungkan mereka bukanlah bendera sebelum Jalur Gemilang. Dibawah adalah bendera yang digunapakai oleh Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1896 sehingga 1950. 


Tidak wujud pun Sang Saka Malaya melainkan bendera itu dicadangkan oleh golongan berhaluan kiri sebelum merdeka. Doktrin 'Tukar Bendera' ini sebenarnya mahu menimbulkan rasa tidak hormat kepada Jalur Gemilang dimana ia akan terkesan dengan mereka yang mahu menukar bendera akan tidak menghormati Malaysia itu sendiri.

Tidak mustahil jika sekarang mereka mempertikaikan Jalur Gemilang yang telah berkibar di banyak tempat, mereka kelak akan pertikaikan kewujudan nama 'MALAYSIA' itu sendiri. Ini bukanlah omongan kosong dari Keris tapi satu ingatan buat semua yang cinta dan sayangkan negara.

K7L : Bendera itu maruah negara..jika zaman dahulu kala, mereka ini sudah ditikam dengan Keris 7 Lok!

1 ulasan:

  1. HISHAMUDDIN RAIS NI SEBENARNYA DULU ADALAH ORANG PELARIAN. Masa kena buru oleh Polis kerana demo anti-Tunku, demo pelajar hasutan Anwar,..dia dapat lari ke Thailand...menyusup ke Eropah. Kena tahan oleh Polis Rusia di lapangan terbang Moskow. Dia terlepas daripada tahanan dengan menyusup keluar daripada tandas bilik tahanan di lapangan terbang Moscow. Dengan bantuan Pertubuhan Hak Asasi Makanusia dan Amnesty International, Hishamuddin dapat menuyusup ke Perancis,...berkerja ler memetik buah apple, oren..di ladang-ladang. Akhirnya lari ke Brussel untuk meraih belas kasihan mendapatkan visa dan pasport Orang Pelarian (Refugee)dari pejabat Bangsa-bangsa Bersatu di Eropah.Dengan pasport Refugee UN itu, beliau bebas bergerak dan lama menjadi pelarian dengan status REFUGEE di London. Dengan passport refugee itu dapatlah mencari kerja, diantaranya menyapu jalan raya...dan akhirnya mendaftar di kolej belajar perfileman!!
    Pada zaman PM Dr.Mahathir, Hishamuddin mula menghubungi mentor-demo pelajar dan rakan sama sekolah di Kolej Melayu iaitu Anwar Ibrahim yang sudah menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika itu.Hishamuddin sudah mula merasa rindu hendak balek ke Malaysia. Beliau berusaha untuk mendapatkan pasport Malaysia melalui Anwar!!
    AKU TAK TAHU LER SAMADA SI HISHAMUDDIN NI MASEH MEMEGANG VISA DAN PASPOT REFUGEE UN ATAU DAH JADI RAKYAT MALAYSIA SEMULA, TENTUNYA EHSAN ANWAR IBRAHIM!

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk