10/09/2012

Bendera Itu Roh Kemerdekaan ; 'Tukar Bendera' Tak Kaji Sejarah!


Sekali lagi kita berbicara hal Bendera Malaysia. Pertikaian yang diwujudkan oleh puak sosialis pembangkang boleh menimbulkan huru-hara dan perpecahan kepada rakyat Malaysia. Kerana bendera itu lambang penyatuan, bukti perpaduan dan keramat kebanggaan rakyat Malaysia. 

Mengapa kini baru dipersoalkan setelah Jalur Gemilang telah dipilih yang mana perekanya adalah anak jati Malaysia. Ini adalah kerana mereka yang juga penyebar doktrin 'Tukar Bendera' ini tidak suka pada perpaduan dan keamanan. Golongan ini sebenarnya kalau dilayan ada sahaja yang tak kena. Bunga Raya pun akan jadi masalah kepada mereka. 



Mereka ini tidak faham sejarah dan tidak memahami roh kemerdekaan yang sebenar. Mereka cuma mahu menjadi pencetus. Pencetus revolusi moden dan mahu nama mereka diangkat dan tercatat dalam sejarah. Sayangnya usaha mereka yang mahu merosakkan ukhwah di Malaysia tidak akan berjaya. Kerana yang hak pasti akan menjatuhkan yang bathil.

Tertarik dengan artikel yang ditulis oleh portal KLXpress. Anda boleh baca tentang Roh Kemerdekaan di [SINI].

K7L : Ya Allah Kau lindungilah Malaysia daripada mereka-mereka yang mahu merosakkan negara kami. amin

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk