07/09/2012

[Part 2] Lawatan TUDM : Apabila TUDM Subang Diserang Dengan Bom!



Setelah kami semua sampai ke TUDM Kuantan dan disambut oleh Menteri Pertahanan kami diberi peluang untuk meninjau beberapa pesawat milik TUDM di sana. Beberapa penerangan diberikan menigkut jenis pesawat yang ada. Keris masih teringat seorang anggota tentera dengan 'call-sign' 'Gordon' antara mereka yang sempoi dan pakar dalam melakukan demonstrasi akrobatik,



Tidak lama kemudian kamui diberitahu bahawa terdapat 'kubu musuh' tidak jauh daripada pameran pesawat dan kami diminta bersedia dan berlindung. Tidak sampai lima minit dua pesawat MiG-29 datang dari arah timur dan meletupkan satu kawasan kecil di kawasan padang. Pertama kali melihat bagaimana bom meletup depan mata dan berdegup kencang jantung kami. Masa ini muka blogger Mctheory nampak sedikit pucat. Haha! 


Hadir pula dua buah helikopter Nuri untuk demonstrasi turun dan naik menggunakan tali dalam masa yang cepat. Sumpah Keris kalau dicabar macammana pun takkan buat macam diorang buat. Tapi kalau terjun 'Tanden Jump' tu lain cerita dia.




Semua ini berlaku depan mata dan melihat sendiri kecekapan dan kepantasan PASKAU membuatkan kami kagum. Tambahan pula biasa hanya dalam game sahaja dapat buat, tapi realitinya ia memerlukan latihan yang berat dan kecekalan anggota baru boleh dapat askar yang sejati. 

Next :  Apabila @tunfaisal Membuat Terjunan #10000FeetJump


K7L : Diorang tak bagi peluang..kalau tak Keris dan Mctheory mesti terjun sekali..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk