10/09/2012

AL-Quran Di Bakar Di Pulau Pinang! - Salah Siapa?



Seorang ustazah terkejut apabila menemui sebahagian daripada naskhah al-Quran dibakar di atas lantai dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, semalam. Dalam kejadian jam 9.50 pagi itu, wanita terbabit memasuki kelas pelajar Tingkatan Lima untuk memulakan sesi pengajaran sebelum ternampak satu naskhah kitab suci terbuka di atas lantai.

Dia kemudian mengambil naskhah berkenaan untuk disimpan di tempat sesuai, tetapi terkejut melihat tiga helaian dalam al-Quran itu terbakar selain turut menemui tiga batang mancis tidak jauh dari situ.

Kejadian kemudian dilaporkan kepada polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Jurucakap polis berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana berniat melukakan perasaan agama seseorang serta sengaja menyebabkan suasana tidak harmoni dengan siasatan awal mendapati kali terakhir kelas itu digunakan ialah 3 September lalu untuk ujian percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Md Zain, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit, namun enggan mengulas lanjut. 


Sumber : Berita Harian

Tempat kejadian berlaku di Balik Pulau, Pulau Pinang. Ini yang kita tak nampak. Apakah ini satu amaran cuba disampaikan kepada orang Islam di Pulau Pinang? Apakah Lim Guan Eng akan bakar Al-Quran macam dalam video di bawah jika terus berkuasa?


Kalau tanya Keris, jika babi pun mereka panggang sebagai simbolik maka tidak mustahil jika DAP akan membakar Al-Quran untuk membuat provokasi kelak. tak percaya? Waktu itu baru anda akan tahu siapa musuh Islam yang sebenar dalam politik pakatan pembangkang.
Jika setelah kes ini disiasat dan orang yang bertanggungjawab membakar Al-Quran di Penang itu digari apakah isu itu akan dipolitikkan juga?

K7L : Ini amaran buat umat Islam..fahamilah yang tersirat di sebalik kejadianm tersebut..

1 ulasan:

  1. Hati orang Islam senang menerima dan mengampun kesalahan orang lain kerana bersangkaan hati orang bukan Islam pun begitu juga. Kalau kita cuba renungkan, 'penyembelihan' beramai-ramai di Bosnia dulu adalah disebabkan mindset atau tataminda sebegini di antara sebab-sebabnya. Al-Quran menyuruh ber'waspada' bila ber'hadapan' dengan orang-orang fasik.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk