بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t
Semasa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948, pihak British telah mengenepikan PKM.
Setelah usaha untuk menubuhkan sebuah kerajaan komunis menerusi pendekatan politik gagal, PKM merubah strategi kepada pendekatan keganasan.
PKM mula melakukan keganasan terhadap rakyat yang tidak menyokong pergerakan mereka.
Dalam pada itu PKM juga cuba mensabotaj ekonomi Tanah Melayu, memusnah ladang getah dengan menakik ribuan pokok getah, membakar rumah asap dan gudang getah serta menakut-nakutkan penoreh getah supaya tidak turun menoreh.
Akibat pembunuhan tiga pengurus ladang getah berbangsa Inggeris di Perak oleh pengganas komunis, maka kerajaan Inggeris di Tanah Melayu telah mengharamkam PKM dan mengisytiharkan darurat pada tahun 1948 dan hanya tamat pada tahun 1960 selepas PKM berundur melintas sempadan mencari perlindungan di Selatan Thailand. Darurat di Tanah Melayu menyaksikan ribuan peristiwa keganasan dan kekejaman pengganas komunis yang dipimpin oleh Chin Peng.
Ribuan anggota pasukan keselamatan dan orang awam terbunuh dan ramai lagi yang cedera dan teraniaya. Ramai pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan turut terbunuh, antara mereka ialah Pesuruhjaya Tinggi British Sir Henry Gurney dibunuh komunis pada 1951, Ketua Polis Negara Allahyarham Tan Sri Rahman Hashim dibunuh ajen komunis di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur, pada 7 Jun 1974 dan pada 13 November 1975 pula, Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong. Keganasan dan Kekejaman PKM
Di sepanjang Era Darurat 1948 hingga 1960 dan Era Kebangkitan Kedua PKM 1968 hingga 1989, pengganas komunis melakukan keganasan dan kekejaman dari utara hingga ke selatan Semananjung Tanah Melayu serta di Sarawak.
Seramai 2,083 anggota pasukan keselamatan terkorban dan seramai 3,541 lagi cedera termasuk cedera kekal seperti putus kaki dan tangan di tembak atau terkena jerangkap samar.
Seramai 17 anggota pasukan keselamatan telah terbunuh. Untuk mengabuli mata pasukan keselamatan dengan memberi gambaran bahawa PKM hanya aktif di kawasan sempadan, pengganas komunis telah melakukan serang hendap di Sintok, Kedah, memasang jerangkap samar di jalan Changlun-Sadao serta meletupkan jalan kereta api dekat Padang Besar.
Bagaimanapun, pertempuran di Hutan Sinpan Bukit Kinta di Perak telah membuktikan bahawa PKM sudah jauh melintas sempadan.
Antara keganasan terawal yang dilakukan oleh pengganas komunis terhadap penduduk kampung berlaku di Kampung Layang-Layang Kiri, Parit, Perak pada tahun 1946 ketika PKM mula mencari rekrut baru di kalangan penduduk Melayu.
Oleh sebab orang Melayu tidak mahu menerima propaganda PKM yang cuba menegakkan pergerakan mereka sebagai memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajahan British, tambahan pula fahaman komunis yang anti Islam, pengganas komunis telah membunuh seramai 14 penduduk Kampung Layang-Layang Kiri serta menculik seramai 11 lagi anggota keluarga Kamaluddin Noh.
Mayat mereka yang dibunuh dijumpai dalam Sungai Perak dekat Kampung Layang-Layang Kiri sementara mereka yang diculik hingga kini tidak diketahui samaada hidup atau mati.
Dalam satu lagi keganasan pengganas komunis ketika Peristiwa 14 Hari berlaku di Kampung Perigi Jernih pada September 1945. Seorang penduduk kampung, Abdul Karim Bidin diseret daripada rumahnya pada jam 4 pagi, dibawa ke jalan kereta api dekat kampung dan kemudiannya ditembak serta ditikam sampai mati. Ramai lagi penduduk Kampung Perigi Jernih turut menjadi mangsa keganasan gerila Bintang Tiga ketika itu.
Dalam tahun1945,ketika pengganas komunis berpengkalan dekat Klian Intan dekat Kroh, Hulu Perak, gerila Bintang Tiga telah membakar banyak rumah penduduk kampung yang enggan menyokong pergerakan mereka.

Rumah di kampung-kampung seperti Bukit Buluh, Malau, Kubang, Kuala Kenering, Sungai Terap, Kampung Chua dan Kampung Beko telah dibakar hangus.
Di Kampung Chepor dan Bukit Sapi, Lenggong, beberapa penduduk kampung yang enggan bekerjasama dengan komunis, telah diikat pada tiang seri dan dibakar bersama rumah mereka.
Satu lagi peristiwa keganasan pengganas PKM berlaku kepada orang kampung dekat Junjung, Kulim, Kedah di mana seorang penduduk telah dibakar hidup-hidup dengan tangannya terikat pada stering lorinya.
Di Batu Pahat, pengganas komunis telah membunuh dan menyeksa ramai penduduk Melayu kerana membalas dendam. Mereka menuduh penduduk Melayu bersubahat dengan tentera Jepun hingga ramai penduduk kaum Cina dibunuh oleh tentera Jepun.
Pengganas Bintang Tiga yang berpengkalan di hutan dekat Bukit Pasir telah bertindak kejam dengan membunuh Pegawai Daerah Batu Pahat, Ismail bin Dato Abdullah. Akibat tindakan pengganas komunis penduduk Melayu Batu Pahat telah bangkit menentang pengganas komunis serta penyokong mereka iaitu kaum Cina.
Pemimpin penduduk Melayu ketika itu ialah Kiai Salleh yang pernah menjadi Penghulu Mukim Simpang Kiri, Batu Pahat. Dalam satu peristiwa keganasan pengganas komunis dilakukan oleh pengganas komunis yang dipimpin oleh orang Melayu bernama Khidzir, terhadap penduduk Kampung Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan, pada 5 Januari 1950. Khidzir bersama 15 pengganas komunis yang lengkap bersenjata, yang kebanyakannya adalah pengganas bangsa Cina, telah datang ke Kampung Chenah (Kenaboi) untuk menangkap seorang penduduk bernama Bahadun.
Bahadun adalah menantu kepada Ketua Kampung Chenah, Abdul Aziz bin Dato Abdullah, yang juga Penolong Penghulu Mukim Kenaboi. Ketika menghalang pengganas komunis daripada menangkap Bahadun, berlaku bergaduhan dan Ketua Kampung Abdul Aziz sempat menendang dada Khidzir yang cuba menggunakan pistol.
Oleh kerana pengganas komunis terlalu ramai, akhirnya Ketua Kampung Abdul Aziz bersama Bahadun dan seorang lagi penduduk yang turut melawan, telah dapat ditangkap.
Mereka bertiga telah diseret ke jambatan masuk ke Kampung Chenah dan diikat dekat kepala jambatan.
Badan mereka bertiga telah dikelarkelar oleh pengganas komunis dan dicurah dengan air garam. Setelah puas diseksa dengan kejam, pengganas komunis telah menembak mereka bertiga hingga mati.
Sebenarnya terlalu banyak kejadian keganasan dan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas komunis terhadap penduduk awam untuk diceritakan.
Mungkin seratus buah buku tidak cukup untuk menceritakan segalanya.
Terlalu ramai yang menjadi mangsa keganasan dan kekejaman gerila PKM di bumi Malaysia yang hingga kini masih menderita.
Isteri, anak dan saudara mereka yang terkorban oleh keganasan dan kekejaman komunis hingga kini masih merasai kehilangan orang tersayang.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku!
Dirgahayu Malaysia Tanahairku!
Keris 7 Lok kata: Ramai tanya kenapa Keris tidak main isu nasional..jawapannya, sabarlah..dah nak habis dah pun siri Komunis Musuh Negara! ni.. :)
Modus Operandi PKM kini digunapakai oleh DAP dalam usaha mencapai matlamat perjuangan untuk menguasai politik Malaysia dan seterusnya mendapat kuasa untuk merubah sejarah dan memadam sejarah yang berasaskan Ketuanan Melayu. Dulu PKM menubuhkan Regimen ke 10 untuk menipu pejuang-pejuang melayu yang bersemangat menentang British. Tujuan Regimen ke 1o diasaskan oleh kader PKM ialah khusus untuk menubuhkan satu unit laskar melayu mengangkat senjata dan secara langsung membantu gerakan Komunis mengambil kesempatan kebencian pejuang melayu menentang penjajahan. Hanya cara itu PKM dapat memperoleh sokongan dari bangsa Melayu yang menolak mentah-mentah gerakan Komunis. Hari ini DAP guna PAS untuk pecah-belah orang Melayu. Hanya cara itu DAP akan dapat peroleh bantuan demi mengalahkan kelompok Melayu yang berkuasa iaitu UMNO. Tanpa sokongan Melayu, tiada daya bagi DAP memperoleh kemenangan. PAS tidak ubah seperti Regimen Ke 10 PKM, hanya menjadi alat untuk menjayakan matlamat orang lain, tepatnya MUSUH MELAYU / ISLAM.
ReplyDeletehttp://perkasapetaling.blogspot.com
salam keris, saya juga ingin berkongsi mengenai buah mulut arwah ibu saya mengenai pembunuhan beramai-ramai penduduk kampung Sermin, Segamat oleh komunis semasa sekitar tahun 40-an dan 50-an dahulu.
ReplyDeleteBagaimanapun, peristiwa ini disampaikan secara lisan, maka saya tidak dapat buktikan memandangkan memerlukan individu tertentu untuk menjalankan kajian mengenai peristiwa tersebut.
Perkasa Petaling,
ReplyDeleteKeris bersetuju dgn pendapat saudara. Ramai yang sudah sedar Alhamdulillah.
detektif conan,
Tinggalkan email tuan, jika ada kelapangan kita boleh berbicara. Semua sejarah bermula dgn lisan sblm ianya ditulis :).
Assalamualaikum tuan...
ReplyDeleteTahniah saya ucapkan atas pendedahan tuan dan penggalian semula sejarah berkenaan komunis ini.generasi kini malah mereka "yang telah terbuai'dgn wang dan pangkat memang telah lupa segala ini..teruskan usaha anda.percayalah..kebaikan dan peringatan yg ingin kita lakukan memang terlalu bnyk dugaannya..cadangan saya tuan boleh rujuk pada buku 50 tahun Askar Melayu yg saya tidak berapa ingat penulisnya..tapi buku setebal hampir 800 muka surat itu mmg memaparkan segala sejarah kekejaman dan pergerakan PKM ini.tahniah sekali lagi.
MALAYSIA TANAHAIRKU!!!ISLAM AGAMAKU!!!