05/09/2011

Biar Lambat Tangkap Mat Sabu Biar Semua Tahu Siapa Sabu 121!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t


Sejak peristiwa ceramah pro-komunis oleh si buta sejarah Mat Sabu, ramai yang telah hadir membuat laporan polis dengan harapan Mat Sabu ditangkap dan dihumban ke ISA. Serta ramai yang mengkritik tindakan Kementerian Dalam Negeri yang seakan tidak mengambil endah laporan-laporan polis tersebut.


Apa yang Keris lihat, apabila dia tidak ditangkap, Mat Sabu 121 menerima pelbagai tekanan dari pihak luar dan dalam seperti kenyataan Kepal Singh, amarah waris-waris pejuang yang gugur ketika menentang komunis serta rakyat yang kecewa dengan ucapannya. Semakin hari Mat Sabu 121 diasak dengan pelbagai soalan mengenai apa yang diucapkan ketika berceramah, akhirnya dia berjaya memperbodohkan dirinya dengan mengeluarkan kenyataan bahawa dia lupa apa yang diucapkan ketika memberi ceramah di Tasek Gelugor pada 21 Ogos yang lalu (Klik SINI untuk lebih lanjut).

Akibat daripada kelewatan ini, nampaknya rakyat sudah sedar dan marah dengan tindakan Mat Sabu yang kini terarah kepada haluan pro-komunis. Semakin ramai yang membuat laporan polis menunjukkan bahawa rakyat marah serta terusik dengan hamburan Mat Sabu yang jelas memperjuangkan komunis.

Berbeza pula impak yang diterima sekiranya dia ditangkap terus, beliau akan duduk di dalam (penjara atau sebagainya) dengan selesa malahan mungkin diangkat sebagai wira oleh para penyokong PAS kerana waktu itu masih ramai yang tidak faham isu ceramah komunis Mat Sabu. Lagipun nanti hilang pula seri lucu badut PAS, kesian Mahfuz Omar nanti tiada siapa untuk diajak menjadi pasangan untuk berjenaka dalam maharaja lawak PAS. 


Keris yang tidaklah berapa pandai dalam hal penangkapan ke atas Mat Sabu berpendapat lebih baik bertanya kepada individu yang lebih arif. Keris bertindak menghubungi bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan beliau memberi komen," Mat Sabu ini nampak jelas menyokong perjuangan komunis maka pihak berwajib harus mengambil tindakan segera untuk menahan beliau tetapi mengikut undang-undang Malaysia dan prosedur penangkapan yang betul. Jika dibiarkan takut ada yang terpengaruh dengan dakyah beliau ".


Namun Keris yakin dan percaya pihak KDN terutamanya Menteri sebenarnya berhasrat untuk melewatkan penangkapan ke atas Mat Sabu 121, supaya lebih banyak lagi kokokan serta omongan yang serba bodoh terpacul keluar dari mulutnya. Biar lebih ramai yang marah dan tahu pendirian yang dipegang oleh Timbalan Presiden PAS tersebut yang tampak subversif dan kurang matang dalam berkata-kata serta tidak layak digelar sebagai seorang pemimpin. 

Sudah pasti kini pihak polis dan KDN sedang meneliti penahanan terhadap Mat Sabu dengan lebih terperinci dan mengikut undang-undang. Lepas dia kena tangkap, Keris nak tahu siapa pula yang ingin berkokok!

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Bila Mat Sabu kata dia lupa apa dia cakap di Tasek Gelugor, Keris terfikir apakah beliau hari-hari memamah semut sehingga dah ada video pun boleh lupa?..haha!..

2 ulasan:

  1. Peguam Negara tentu tahu bila masa sesuai utk dibenarkan mat syabu ditangkap. harap jgn terlalu lewat.

    ReplyDelete
  2. bila difikirkan semula..ada asasnya tulisan kali ini..biar ramai tahu siapa MAT SABUN..tapi dah bleh tgkp dh rasanya..tkt marah pada MAT SABU tukar kepada marah pada KDN sbb lmbt bertindak..

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk