Assalamualaikum w.b.t
Kecoh! Sekarang yang sering bermain di blog adalah mengenai hudud. Keris ini tidaklah berapa pandai berpolitik tetapi setelah meneliti serta membaca situasi yang semakin hangat ini, Keris dapat merasakan kisah serta episod Hudud ini sebenarnya berpunca daripada dalaman mereka sendiri.
Ini kemungkinan besar ianya adalah satu konspirasi dalaman yang didalangi oleh Pemimpin PKR "Anugerah Tuhan' mereka iaitu Nuar Beraim yang tampak sudah tidak bertaring dan menjadi liabiliti kepada Pakatan Rebah.
Kita dapat lihat dimana PKR sudah nampak akan 'kemerosotan' mereka apabila DAP yang merupakan pemegang kerusi parlimen terbanyak di dalam PR mula menyalak dalam apa jua hal serta dilihat seperti dapat menjadikan PAS 'boneka' mereka. Maka dengan itu, mereka merancang untuk menghuru-harakan DAP dan PAS kerana mereka tahu bahawa undi kuda-kuda PAS yang menyebabkan DAP menang. Jadi mereka timbulkan semula isu sensitif DAP-PAS iaitu HUDUD!. Supaya mereka berbalah dan kemenangan akan berpihak kepada PKR. Supaya PKR terus berkuasa?
Mengenai kes 'ugutan' MCA, Keris pasti adalah juga 'musang berbulu ayam' yang mencucuk GERAKAN dan MCA yang mungkin tidak berapa faham akan situasi yang sedang berlaku supaya melatah. Apabila MCA mengeluarkan kenyataan sebegitu, maka konspirasi yang dirancang supaya perbalahan berlaku didalam BN yang fokusnya supaya perpecahan terjadi seakan berjaya namun MCA dan DAP adalah dua badan yang berbeza dimana MCA masih boleh mendengar penjelasan berbanding DAP yang mesti menurut kata mereka sahaja.
'Permainan' ini seakan boleh dibaca dan kemungkinan juga ini cuma sandiwara Karpal bersama Nik Aziz yang hanya mahu memancing undi dengan taktik lama iaitu DAP dengan penolakan negara Islam dan PAS dengan undang-undang hududnya yang retorik. Jangan lupa bahawa mereka ini memang gemar belakon. Jangan tertipu dan tingkatkan prestasi, jauhi konspirasi.
Dirgahayu Malaysia Tanahairku!
Keris 7 Lok kata: Dah boleh agak dah?
0 ulasan:
Post a Comment