بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t
PUTRAJAYA 30 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan kebimbangan terhadap kecenderungan sesetengah pihak yang semakin serius cuba memburukkan-burukkan imej pemimpin yang berjuang untuk kemerdekaan negara.
Kata Dr. Mahathir, selain kontroversi Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang menghina pejuang lampau, beliau juga pernah dimaklumkan terdapat pelajar sekolah yang diajar bahawa tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Datuk Onn Jaafar adalah pengkhianat negara.

‘‘Saya khuatir kerana kecenderungan ini sudah semakin rancak malah ada yang sehingga ke tahap mendewa-dewakan komunis sedangkan gerila itu telah membunuh ramai anggota keselamatan yang berjuang untuk negara,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sambutan Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di sini hari ini.Dr. Mahathir menambah, selain tidak menjangkakan kecenderungan menghina pejuang kemerdekaan negara itu boleh wujud di negara ini, beliau juga terkejut dan terkilan kerana Pas dilihat memulakan kecenderungan itu.Ketika ditanya apakah yang perlu dilakukan dalam menangani kecenderungan itu, Dr. Mahathir menjelaskan, kerajaan wajar memberikan penerangan yang jelas kepada rakyat mengenai siapakah sebenarnya kumpulan gerila komunis.‘‘Perjuangan mereka adalah untuk menjajah negara ini dan menjadikan negara ini negara komunis. Itu bukan perjuangan kemerdekaan seperti Tun Abdul Razak, Tunku Abdul Rahman dan lain-lain,” katanya. utusan
Keris juga bimbang kerana fahaman komunis ini nampaknya semakin hebat diperkatakan oleh pihak-pihak yang ingin menjatuhkan kerajaan. Keris kecewa kerana bangsa melayu juga ada terlibat sama dalam menyebarkan dakyah komunis. Mat Sabu tu jangan lah diikut kerana dia sendiri gagal dalam pelajaran, bagaimana pula dia nak kata dia hebat dalam sejarah?.
Apapun, kita rakyat berbilang kaum harus sama-sama berganding bahu menolak fahaman komunis kerana ia mampu menjejaskan keharmonian negara kita. Ancaman komunis bukan suatu benda yang boleh dipandang remeh. Mereka ini tidak perjuangkan agama dan bangsa apatah lagi tanahair, apa yang mereka mahu hanyalah KUASA!.
Jika diizinkan Allah, Keris akan menulis mengenai PKM dalam masa yang terdekat ini.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku!
Dirgahayu Malaysia Tanahairku!
Keris 7 Lok kata: Hapusakan dakyah komunis demi agama, bangsa dan negara!
PKR sekarang Sudah mendapat nama baru Partai Komunis Rakyat yang mana Ketua Partai ialah Al-Jub Dan Jenderal Ialah Mat Sabu.
ReplyDeleteMat Sabu adalah KudaKayu mainan tungangan LKS, LGE, Kotepal Sing Dan Syaitan Anuwar.