19/09/2011

Satu Lagi Contoh #BNDekatiRakyat! Tahniah DS H2O!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t



Sedang Keris berbual dengan beberapa orang rakan, mereka ada menceritakan pengalaman mengenai apa berlaku semalam di Sembrong. Keris yang mungkin telah terlepas pandang jemputan tersebut lantas mencatit apa yang berlaku dan cuba menghubungi beberapa kenalan yang menghadiri Majlis Hari Terbuka Ahli Parlimen Sembrong 2011 untuk maklumat tepat.














Terasa rugi juga tidak bersama mereka kerana hadirin yang hadir mencecah angka 20,000 orang yang terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina, India dan lain-lain. Walaupun kehadiran DS Hishamuddin Hussein lewat dalam lebih kurang dua jam setengah, namun mereka masih setia menunggu kedatangan ahli parlimen mereka yang mesra rakyat. 


Beliau yang telah tiba lewat ekoran helikopter yang telah dijadualkan menghantar beliau ke Sembrong terpaksa membuat pendaratan cemas di Bangi akibat cuaca buruk yang mampu mengundang bahaya jika perjalanan tersebut diteruskan.


Apa yang membuatkan Keris 'tabik spring' kepada DS Hisahamuddin adalah kerana keengganan beliau menaiki kereta mewah ke Sembrong sebaliknya memilih untuk menaiki kereta peronda Polis sahaja. Jarang dengar seorang Menteri naik kereta Polis melainkan mereka ditangkap atau disoal siasat sahaja. Meminjam perkataan yang baru DS Najib belajar, DS H2O ini seorang pepimpin yang 'Sempoi!' 


Tahniah DS Hishamuddin! Ternyata pendekatan #BNDekatiRakyat bukan satu retorik dan menyatakan Barisan Nasional adalah barisan yang sentiasa mendekati rakyat.

Hei Mano!..Keris nak tunjuk ini bukti rakyat Malaysia bangga mengibar Jalur Gemilang!



Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Teringin juga nak bersembang dengan DS H2O sambil minum teh dan dengar suara anak muda macam Keris. Suatu hari nanti mungkin. :)

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk