29/09/2011

Undi DAP Masuk Syurga?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t


Mesyuarat Majlis Kepimpinan PR bersetuju Hukum Hudud tidak akan dilaksanakan serta bukan menjadi suatu agenda manifesto Pakatan Rakyat, Bajet 2012 yang akan dibentangkan bulan depan juga turut dibincangkan bersama walaupun mereka sebenarnya bukan ada kuasa untuk membentangkan apa-apa.
 
Mereka habis bermesyuarat semalam lebih kurang jam 12 tengah malam.

Apa yang amat memalukan adalah dimana melayu PAS dan PKR hanya mengangguk kepala ketika DAP yang lantang berbicara sehingga ramai yang keliru samada Anwar Ibrahim masih menjawat jawatan Ketua Pengangkang Pembangkang atau jawatan itu kini disandang oleh pemimpin DAP.


Di dalam majlis tersebut sudah jelas menggambarkan bahawa setiap satu ayat DAP suarakan mereka perlu ikut, dimanakah ketegasan pihak PAS didalam isu hukum hudud? Mana Nik Aziz? Kenapa beliau diketepikan? Apakah PAS berada di tangga ketiga didalam PR tidak punya hak bersuara? Macamana ni?

Sekali lagi rakyat Kelantan ditipu oleh pemimpin-pemimpin PAS yang kini sudah menjadi 'lembu' kepada DAP. Hudud seperti yang dijanjikan kepada rakyat Kelantan akhirnya terkubur dan tidak akan dilaksanakan demi memenuhi permintaan DAP. Lepas ini jangan terkejut kalau ada yang berkata 'Undi DAP Masuk Syurga'.

Bicara kes hudud? Tunggu lagi lima tahun sebelum pilihanraya lagi sekali cerita ini akan bermain di mulut mereka.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Keris rasa nama Parti Islam Se-Malaysia tu dah tak relevan dan tidak layak. Minta pihak PAS tukar nama parti sebab dah tak nampak ciri-ciri Islam dah..kumpulan pemimpin yang tiada pendirian..dasar 'lalang'

1 ulasan:

  1. PAS harus sedar perjuangan mereka dan DAP tak seiring

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk