24/09/2011

Menteri KDN Cakap Apa Pasal MeloyaKini & The Gang?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t



Susulan daripada kenyataan media oleh KP Jabatan Imigresen Malaysia yang anda boleh baca di SINI, Menteri KDN pula membidas media baru yang berat sebelah seperti MalaysiaKini, MalaysianInsider dan Chronicle serta blogger-blogger PR (termasuk Fuziah Salleh si Pembohong) kerana sering memberi kenyataan yang tidak tepat serta pembohongan kepada pembaca di laman media mereka.


Kata beliau," Media baru diminta bersikap lebih profesional, berkredibiliti dan beretika dalam menyiarkan laporan dalam laman mereka. Media baru sepatutnya belajar dari sikap rakan media perdana yang bersungguh-sungguh mahu mewujudkan 'self regulatory'."


Jelas beliau lagi," Laporan berat sebelah mereka amat nyata apabila mereka langsung tidak menyiarkan berita penafian Suruhanjaya Tinggi Bangladesh, Kenyataan rasmi KP Jabatan Pendaftaran Negara Datin Jariah Mohd Said serta yang terbaru mereka tidak melaporkan kenyataan media oleh KP Jabatan Imigresen Malaysia, Dato Alias Ahmad yang memberi fakta sebenar berhubung dakwaan pekerja asing warga Bangladesh diberi kerakyatan Malaysia."



Keris bersetuju dengan kenyataan menteri tersebut kerana setiap berita yang disampaikan harus mempunyai asas laporan yang kukuh serta fakta yang benar. Mereka harus ada sikap profesional dalam menyediakan sebarang maklumat atau berita di laman-laman mereka.




Keris tidaklah berapa pandai mengenai sebarang akta atau undang-undang berkaitan laman media baru tetapi Keris berpendapat satu akta baru harus diwujudkan oleh SKMM atau kajian semula mana-mana akta yang berkaitan dengan komunikasi supaya dapat mengawal segala jenis pembohongan di laman media baru yang berunsur fitnah, subversif atau mengancam keselamatan serta keamanan negara.


Apapun diharap para pembaca dapat menilai ''Siapa Kaca Siapa Permata" ketika mencari sebarang maklumat di laman-laman media baru. 

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Malaysiakini & the gang ni ''Dengar boleh percaya jangan???"

2 ulasan:

  1. Segalanya adalah amaran saja, hanya amaran kepala otak Hishammuddin saja untuk semua media perosak Pakatan Rakyat itu. Selagi Hishammuddin Si Lembik ini jadi Menteri Dalam Negeri, undang-undang, peraturan, dan pihak berkuasa akan dipijak-pijak oleh petualang negara ini, sebabnya adalah Hishammuddin Si Lembik ini hanya akan beri amaran, amaran dan amaran kepala otak dia saja, setakat itu sajalah. Malahan Namewee buat macam-macam video klip pun tak diambil tindakan, Manoharamjadah pertikaikan bendera Jalur Gemilang pun tak apa, amaran, amaran, dan amaran kepala otak Hishamuddin Si Lembik sajalah, itulah yang termampu dibuat oleh Hishammuddin Si Lembik yang penakut ini.

    ReplyDelete
  2. Rasa loya tekak aku bila dengar Menteri Amaran ni beri sebarang kenyataan. Nasib baik tahi telinga tak terkeluar..keh keh keh
    Amaran!! Amaran!! Apa barang sepupu PM Najib ni???

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk