09/09/2011

Kenyataan Pemimpin PAS Mengenai Perjuangan Komunis!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t



 



Tuan Ibrahim Tuan Man

"Disebabkan pada zaman British menjajah negara kita, British telah memperalatkan beberapa tokoh Melayu untuk bersekongkol dengan mereka, namun tidak dinafikan ada yang bersekongkol untuk menghalau British dari dalam kerajaan. Kita harus faham kenapa berlakunya penentangan terhadap Inggeris oleh rakyat dari pelbagai bidang ada yang menyertai PKMM, PKM dan lain-lain semuanya bagi menentang penjajah British dan mereka yang bersekongkol dengan penjajah British."


Dr.Mujahid Yusof


"Isu Bukit Kepong tahun 1950 adalah serangan ke atas sasaran penjajah bukan kepada anak bangsa sendiri. Polis waktu itu adalah apparatus penjajah, penyerang pula adalah mereka yang menentang penjajah, apakah kerana ini mereka menjadi komunis."


Dr. Dzulkifly Ahmad


"Anggota polis Bukit Kepong terperangkap sebagai mangsa keadaan. Biarpun serangan itu adalah terhadap British, namun anggota polis tersebut menjadi mangsa kerana mereka pada waktu itu berkhidmat untuk british dan memerangi mereka yang menentang British."


Abu Bakar Chik


"Mat Indera mendakwa adalah seorang guru agama yang mendapat tauliah agama dari Kerajaan Negeri Johor pada masa itu. UMNO dan penjajah yang tuduh Mat Indera komunis."





Elok rasanya pimpinan PAS yang celik sejarah mengkaji sejarah perjuangan komunis pasca pendudukan Jepun di Tanah Melayu waktu itu sebelum menilai siapa tali barut atau barua British pada waktu tersebut. Sila baca buku bertajuk Sejarah Perjuangan Kita oleh Dr.Burhanuddin Al-Helmy pada tahun 1955;

"Dengan terkejutnya Jepun menyerah diri kepada pihak Berikat; maka di antara dua semangat yang bertentangan tadi mudah sahajalah menjadi subur dan bernyala, sementara di pihak orang Cina pula didorong oleh rasa hendak membalas dendam kepada orang-orang yang menjadi pegawai dan kakitangan Jepun yang telah melakukan kezalimannya di masa Jepun itu. Dan serentak dengan itu berdirilah kerajaan Bintang Tiga selama kira-kira tiga minggu."


Harus diingat bahawa perjuangan PKM bertitik tolak daripada pendudukan Jepun dengan penubuhan MPAJA pada 18 Disember 1941 bagi bersiap sedia menghadapi ancaman pendudukan Jepun di antara PKM dan British. Gerila PKM (MPAJA) ini dilatih di 101 Special Training School di Singapura yang dikendalikan sepenuhnya oleh British Special Operations Executive (SOE) yang akhirnya bersatu dengan Force 136.


Selepas Jepun menyerah diri kepada Berikat, MPAJA yang juga digelar Bintang tiga telah mengambil alih beberapa kawasan di Semenanjung selama 3 minggu yang penuh dengan balas dendam dan cita-cita menjadikan Malaya sebagai sebuah republik atas arahan Lai Tek, setiausaha PKM pada masa itu. Sila baca laporan Lai Tek dalam Persidangan Ke-8 Jawatankuasa Pusat PKM di Singapura pada tahun 1946 yang berbunyi:-


"Today Malaya has become a British Colony again. The British have replaced the Japanese rulers of Malaya, so the target of the national liberation struggle in once again the British."


Kenapa PKM belot kepada British yang melatih mereka? Sila rujuk 8 manifesto PKM kepada British selepas Jepun menyerah kalah yang antaranya mahukan British mengiktiraf PKM sebagai parti yang halal dan menjadikan Malaya sebagai republik! PKM mengambil keputusan mengangkat senjata melawan British dan pihak-pihak yang menolak idea komunis termasuk orang Melayu yang enggan menyokong mereka kerana kekejaman PKM semasa pemerintahan Bintang Tiga.


Mungkin kita pernah mendengar legenda Kiai atau Panglima Salleh Parang Panjang yang berjuang menentang kekejaman komunis di sekitar Batu Pahat dahulu. Nescaya kalau Allahyarham masih hidup pasti akan DIPARANGNYA Mohd Sabu. Sekiranya Leftenan Adnan dan pahlawan Rejimen Askar Melayu yang terkorban mempertahankan Bukit Candu dari ditawan Jepun masih hidup lagi pastinya akan DIRODOK DENGAN BENET Mohd Sabu dan pemimpin PAS lain kerana mereka juga berkhidmat untuk British mempertahankan Malaya!


Oleh itu Mat Indera dan Komunis bukanlah pejuang kemerdekaan, mereka adalah pengkhianat negara!!
 
kredit : KedahKeKL

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: kemanakah menghilangnya perjuangan Islam?..dah tukar jadi perjuangan komunis pula?

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk