Assalamualaikum w.b.t
Desas-desus dia dijanjikan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 pernah diperkatakan oleh orang ramai. Dan kini Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga ini telah memohon penukaran alamat mengundinya ke Segambut.
Apa sebab ye dia tukar alamat mengundi ? Mahu bertanding di Segambut ?. Jika bertanding di Segambut bermakna dia harus berlawan dengan Lim Lip Eng dari Pari DAP? Mahu bertanding atas 'tiket' PAS atau PKR?
Jika benar dia ingin bertanding adakah DAP akan memberi laluan kepadanya untuk bertanding di kerusi Segambut yang kini di bawah DAP?. Mungkinkah masalah perebutan kerusi seperti di Tenom dan di Johor diantara PKR dan DAP akan berlarutan ke kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula?
Layakkah dia menjadi calon PRU13? Mari kita korek semula rentetan sejarahnya.
Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001.
Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan iaitu :
Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan iaitu :
- Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam… tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
- Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh… dikenakan tindakan undang-undang.
- Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
- Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
- Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
- Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
- Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
- Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
- Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
- Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
- Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
- Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
- Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
- Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Kes Lina Joy pula, Ambiga yang bertindak sebagai peguam kepada Lina Joy telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.
Dia juga turut bertindak mengadakan forum mengenai isu memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A).
Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.
Dia juga turut bertindak mengadakan forum mengenai isu memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A).
Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.
Tindak tanduk Ambiga juga memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan serta melanggar perintah Agung berkenaan perhimpunan Bersih 2.0.
Persoalannya sekarang, adakah benar dia ingin bertanding PRU13? Parti mana yang menjadi 'tiket' jika benar khabar ini ?
jeng jeng jeng..
Islam Agamaku! Melayu Bangsaku!
Dirgahayu Malaysia Tanahairku!
Keris 7 Lok kata: Parti mana yang Ambiga pilih sebagai 'tiket' jika benar dia ingin bertanding? PAS?..keh keh keh..
0 ulasan:
Post a Comment