04/09/2011

Komunis Musuh Negara! Siri 2

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t



Bintang Tiga Berkuasa Selama 14 hari di Tanah Melayu ?

Peristiwa 14 Hari. Sebenarnya Bintang Tiga tidaklah berkuasa di seluruh Tanah Melayu selama 14 hari selepas tentera Jepun menyerah kalah pada tahun 1945.

Mereka hanya berkuasa selama itu di beberapa bandar dan pekan dalam daerah tertentu di mana pasukan Force 136 tidak beroperasi. Di beberapa bandar, pekan dan daerah lain seperti Muar dan Batu Pahat di Johor dan Daerah Parit di Perak, kuasa Bintang Tiga terhad kerana kebangkitan orang Melayu yang menentang mereka.

Sejurus selepas tentera Jepun mengaku kalah, pengganas Bintang Tiga merayakan tamat perang dan kemenangan dalam perjuangan menentang tentera Jepun dengan mengadakan perbarisan kemenangan di beberapa bandar di Tanah Melayu.

Mereka telah mengadakan perbarisan kemenangan di Johor Bahru, Johor dan Pekan Keruh (kini Pengkalan Hulu) di Hulu Perak.

Rancangan Bintang Tiga untuk mengadakan perbarisan kemenangan di Alor Setar, Kedah digagalkan oleh kehadiran Pasukan Force 136 yang berjaya mengambilalih kuasa daripada tentera Jepun.

Sebelum itu gerila Bintang Tiga sempat menyerang Balai Polis Alor Janggus, sebuah pekan kecil enam batu dari Alor Setar, menahan beberapa anggota polis dan merampas beberapa senjata. Di Balai Polis Kuala Nerang, percubaan pengganas komunis Bintang Tiga untuk merampas senjata telah dipatahkan oleh Pasukan Force 136 yang diketuai oleh Leftenan Tengku Osman Jewa (anak watan pertama sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera ).

Di Bandar Raub dan Kuala Lipis, Pahang, pengganas Bintang Tiga gagal berkuasa. Pasukan Force 136 dan Gerila Wataniah Pahang secara serentak memasuki kedua-dua bandar untuk mengambilalih kuasa daripada tentera Jepun pada 3 September 1945, sehari selepas Jeneral Douglas MacArthur menandatangani Perjanjian Jepun Menyerah Kalah dan tamat Perang Dunia Kedua di Timur Jauh pada 2 September 1945.

 Gerila Wataniah Pahang yang menyertai Force 136 Melayu, ketika itu di bawah Mejar Yeop Mahidin bin Mohd Sharif, yang hanya dikenali dengan gelaran Singa oleh tentera Jepun, bersama pegawai British, Lt Col Douglas Richardson yang dikenali dengan nama samaran Kiwi.



Sementara itu di Bandar Ipoh, Kuala Kangsar dan Taiping, gerila Bintang Tiga tidak dapat berkuasa kerana Markas Force 136 Perak yang terletak di Istana Kuning Bukit Chandan telah menghantar anggota Force 136 untuk mengawal ketiga-tiga bandar daripada pengaruh pengganas komunis sementara menunggu kedatangan British Military Administration.

Pegawai Perhubungan Force 136 di Kuala Kangsar, Perak, ketika itu ialah Leftenan Raja Lope Nor Rashid bin Raja Abdul Rahman (Rekrut No:25 yang menjadi anak Melayu pertama memakai pangkat Brigedier Jeneral ).

Di beberapa negeri, daerah dan bandar yang dikuasai oleh Bintang Tiga selama empat belas hari, ribuan rakyat khasnya orang Melayu telah menjadi mangsa keganasan dan kekejaman pengganas komunis.

Tanpa bukti yang nyata serta memakai Law Of The Jungle hukuman rimba, pengganas komunis Bintang Tiga di bawah kuasa Chin Peng, telah menyeksa mangsa dengan kejam sebelum mereka dibunuh samada ditembak atau ditikam dengan pisau atau benet.

Mayat mereka rata-rata dibuang dalam sungai atau ditinggalkan dalam hutan dimakan binatang buas dan ramai mangsa yang diculik tidak dijumpai hingga hari ini, tidak diketahui samada hidup atau mati.Pada pandangan peribadi Keris, mereka ini lebih kejam daripada binatang!. Tidak layak digelar sebagai manusia.

Harap semua pembaca terus bersama memahami satu persatu kupasan mengenai siapa PKM suatu ketika dahulu. Keris tidaklah berapa pandai tetapi asalkan kita semua faham dan sejarah itu tidak menyeleweng, maka kita harus berkongsi dan sebarkan maklumat tersebut.

bersambung..



Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Mereka ini terlalu kejam..membunuh orang macam makan nasi je..mereka pengkhianat bukan wira!

1 ulasan:

  1. kekejamana komunis cuba dijernihkan demi masa depan DAP.

    menerusi timbalan presiden PAS yg sudah pun buncit perut dpt duit PBA Kerajaan PPinang.

    kerana wang manusia boleh sokong apa sahaja.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk