08/09/2011

Jamal Abdillah Serang Pejabat UMNO KL?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t



Keris sangat terkejut apabila Jamal Abdilah yang merupakan Juara Bintang RTM 1979 telah menyerang Pejabat UMNO di Kuala Lumpur. Ikuti Laporan oleh Gerbang Puteri :

Katanya beliau tidak kisah sekiranya selepas ini ada yang menuduh saya mahu mencari publisiti murahan kerana tahu dan yakin dengan apa yang lakukannya.

Serentak dengan itu beliau menyeru para peminat dan rakan-rakannya bersama-sama menjadi ahli UMNO dan cubalah kita celikkan mata dan lihat apa yang telah kerajaan lakukan selama ini untuk rakyat.

“Janganlah kita bercakaran sesama sendiri hanya mengejar kepentingan diri. Kita harus bersatu padu memertabatkan negara kita. Jangan mudah membiarkan orang lain menginjak maruah bangsa kita. Bukanlah saya bermaksud untuk berpolitik tetapi saya sedar bahawa tiada parti lain yang mampu menjaga kepentingan rakyat selain daripada UMNO dan BN,” katanya.
 

 

Tidak pernah melupakan tanggungjawab sebagai pengundi, kini Jamal Abdillah menjadi ahli UMNO pula

Beliau sebelum itu menyerahkan menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh di Ibu Pejabat UMNO, di Kuala Lumpur.

“Saya bukan menyertai UMNO untuk kepentingan diri ataupun mempunyai agenda tersembunyi tetapi kerana saya yakin dengan parti keramat UMNO. Saya yakin dengan prinsip saya dan saya rasa kalau parti lain yang memerintah negara, tidak mungkin saya mampu bertahan bergelar penyanyi sehingga kini.
“Kerana kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang berjaya mentadbir dengan aman damai maka saya mampu bertahan sehingga kini. Malah peminat saya juga terdiri dari berbilang kaum,”katanya.Kalau sebelum ini sebilangan artis termasuk AC Mizal menyertai UMNO,Rabu penyanyi terkenal Jamal Abdillah juga memilih parti itu sebagai wadah perjuangan politik.

Jamal berkata beliau ambil keputusan ini kerana amat yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Najib dan kepimpinan sebelumnya dalam mentadbir negara ini.

Kata Jamal walaupun baru mendaftar menjadi ahli UMNO hari ini namun sebenarnya beliau telah lama menyokong UMNO malah arwah ayahnya semasa hayatnya merupakan pengerusi tetap UMNO di Pasir Salak.

Jangan kita lupa bahawa artis juga merupakan pengundi dan rakyat Malaysia, Jamal Abdillah hanya ingin menjadi ahli UMNO bukannya Calon Wakil Rakyat seperti yang dikejar oleh beberapa artis yang menjadi ahli PAS dan PKR. Nak tahu juga apa reaksi pihak di sana dengan pertambahan selebriti menonjolkan diri menyertai UMNO, nyata wadah perjuangan UMNO masih kekal di hati rakyat.



Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Tidak lama lagi kita akan lihat para selebriti memakai 'badge' parti masing-masing. Macam Hollywood bro!

2 ulasan:

  1. Steady abg jamal!..
    kami skg!!

    ReplyDelete
  2. http://tukanglawan.blogspot.com/2011/09/penentang-british-penderhaka-dimata.html

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk