بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t
Seluruh rakyat Malaysia perlu memahami bahawa walaupun komunis telah dikalahkan dari sudut ketenteraan di Malaysia, PKM tidak dibubarkan.
Ideologi komunisme masih hidup di kembali kepada masyarakat dan kini ideologi tersebut sudah nampak seperti disemarakkan semula. Kita perlu sedar perkembangan yang tidak sihat ini dan semua golongan rakyat Malaysia mesti sentiasa berwaspada dan bertindak dengan waras.
Masih terdapat usaha oleh pihak tertentu untuk mempengaruhi dan meracuni pemikiran rakyat seluruh dunia dan negara kita tidak terkecuali, terutama golongan intelektual dan khasnya generasi muda terhadap dakyah komunisme. Terdapat bekas anggota PKM yang mewujudkan blog yang mengagungkan perjuangan PKM di Tanah Melayu.
Bekas anggota PKM yang memperkenalkan diri sebagai Mat Amin, 60 tahun, mendakwa pernah menjadi anggota Rejimen Ke-10 PKM selama 20 tahun. Mat Amin mewujudkan blog kerana merasakan media arus perdana menyisihkan perjuangan PKM.
Ramai golongan muda yang tidak pernah merasai pahit maung kehidupan semasa era darurat dan tidak peka dengan sentimen rakyat yang cintakan kedamaian, keamanan serta berjiwa patriotik, dengan mudah mempercayai persepsi yang dibentangkan oleh Mat Amin.
Rakyat Malaysia perlu memainkan peranan dalam menjaga keselamatan negara dengan turut memantau perkembangan dalam medium internet seperti portal, blog, laman bual serta media lain, supaya dapat mematahkan percubaan ajen dan penyokong komunis menimbulkan salah faham di kalangan golongan belia agar tidak tersesat jalan.
Kita tidak mahu mereka sampai memuja fahaman komunisme kerana dibiarkan terpengaruh dengan blog yang tidak bertanggungjawab. Kita tidak mahu sebarang percubaan fahaman komunisme bertapak kembali di bumi Malaysia yang aman makmur. Jangan dibiarkan fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam itu meresap ke dalam pemikiran masyarakat kita.
Kita jangan lupa bahawa PKM bukan sahaja menggugat keselamatan negara dengan membunuh dan mencederakan ramai orang awam dan anggota pasukan keselamatan dalam usaha mereka untuk menubuhkan sebuah negara komunis di Tanah Melayu, mereka juga cuba memusnahkan segala kemajuan yang sedang diusahakan oleh kerajaan untuk rakyat.
Pengganas komunis telah mensabotaj pembangunan negara dengan memusnahkan jentera-jentera Jabatan Kerja Raya yang sedang membina Lebuh Raya Timur Barat di utara negeri Perak pada 23 Mei 1974.
Pengganas komunis juga telah meletupkan landasan kereta api, menyerang kereta api yang lalu, dalam beberapa kejadian di Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Kedah. Semasa darurat, semua laluan kereta api di Pantai Barat dan Timur di Tanah Melayu,dikawal oleh pasukan keselamatan yang mengiringi semua perjalanan kereta api dengan menaiki Armoured Wickham Trolley yang kalis peluru.
Dengan kehadiran anggota pasukan keselamatan dalam Armoured Wickham Trolley telah mengurangkan ancaman serang hendap pengganas komunis terhadap kereta api dan rakyat dapat bergerak dengan bebas.
Semua rakyat negara ini mesti mengiktiraf peranan semua anggota pasukan keselamatan yang sejak dahulu lagi rela berkorban darah, keringat dan air mata demi menentukan negara Malaysia kekal aman, damai dan sejahtera.
Hutang darah yang tertumpah di bumi Malaysia angkara kekejaman dan keganasan gerila komunis masih belum terbayar.
Keluarga pasukan keselamatan yang terkorban ketika era Darurat hingga kini masih terasa kehilangan ayah, abang dan saudara mara yang tercinta.
Ramai mereka yang cedera masih trauma dengan kehilangan anggota mereka.
Malah terdapat seorang pegawai yang terputus kaki semasa operasi menentang pengganas komunis akibat terpijak jerangkap samar, kini masih berkhidmat dalam Tentera Darat. Hormati dan kenanglah pengorbanan, jasa dan khidmat bakti mereka untuk negara Malaysia tercinta.
Sudah sampai waktu dan ketika pengakhiran siri ini, terima kasih tidak terhingga kepada RD Club yang banyak memberi info kepada Keris secara tidak langsung dalam menghasilkan siri ini.
Sebarkan dan letaklah jika pembaca ada blog, kongsi sejarah ini dan tambah kepada mana-mana bahagian yang perlu. Ini pun hasil kajian sendiri serta mengambil isi-isi daripada blog dan info-info lain.
Keris memohon maaf jika ada tersilap dan tegur supaya kita generasi muda terus mengetahui sejarah yang penting seperti siapa komunis ini sebelum terlambat.
Keris memohon maaf jika ada tersilap dan tegur supaya kita generasi muda terus mengetahui sejarah yang penting seperti siapa komunis ini sebelum terlambat.
Kita tunggu siri Murtad pula ye!
Islam Agamaku! Melayu Bangsaku!
Islam Agamaku! Melayu Bangsaku!
Dirgahayu Malaysia Tanahairku!
Keris 7 Lok kata: Selesai satu siri..kita on projek baru..Siri Murtad Di Malaysia..kita dedahkan siapa dalang jika perlu..demi ISLAM..kita sama2..siapa ada maklumat boleh kongsi melalui FB Keris Tujuh Lok..
0 ulasan:
Post a Comment