10/09/2011

Buat Apa Beritahu Polis? Serulah Komunis!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t


 
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar memakluman satu siasatan akan dijalankan terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dikatakan menghina polis.

Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

“Kenyataan itu menggemparkan masyarakat. Kita telah menerima sebanyak 49 laporan polis setakat ini dan ini akan disiasat secara menyeluruh,” katanya. “Ia telah menyakitkan hati ahli-ahli pasukan keselamatan negara dan juga ahli keluarga mereka yang terkorban semasa tragedi Bukit Kepong.”

“Saya rasa dia kurang buka buku sejarah atau bertanya pada mereka yang tahu mengenai sejarah tragedi itu. Dia patut pergi melawat kawasan itu dan tengok dengan mata dan kepalanya sendiri.”

Hari ini Mat Sabu 121 telah membuat laporan Polis di Kepala Batas. Dakwaan mamat rambut sikat belah tepi ini dikatakan dirinya telah difitnah oleh akhbar UTUSAN dan keluarganya telah diancam dengan simbahan asid. 


Pelik bin Ajaib, dulu bukan lagi dia maki dan hina pihak Polis, sekarang buat laporan Polis dan minta perlindungan pula. Kepada pihak Polis, suruh dia melutut dan merayi minta maaf dululah baru beri perlindungan!. Yang kau hina dan yang kau keji itulah yang akan membantu kau, dasar manusia tak sedar dek untung!. Baru sekarang kau nak akui kredibiliti pihak PDRM yang kau kata mereka sengaja langgar kau dahulu?


Pada pandangan Keris, buat apa Mat Sabu beritahu pihak Polis?, serulah Komunis!. Pergi cari komunis yang kau sanjung itu sehingga kau berani mempertikaikan sejarah kemerdekaan, dasar Melayu picis!.


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Lepas ni akan dengar cerita Mat Sabu mengadu pada Chin Peng? hahaha..

4 ulasan:

  1. Dulu Karpal pun macam ni juga. Menghina POLIS macam Polis Malaysia ni hampeh. Bila dapat sebutir peluru dalam sampul surat, mengelupur cari Polis minta perlindungan. Dasar hipokrit.

    ReplyDelete
  2. Repot polis nak alih isu video rakaman lucah dia... :)

    ReplyDelete
  3. itulah apabila nak cakap tak tengok kiri kanan,kan pepatah melayu dah kata cakap malam dengar2 cakap siang pandang2

    ReplyDelete
  4. dia ni mlm2 dia borak dengn norma besok siang dia lupa apa dia ckp..hahaha

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk