بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t
Tertarik dengan bait-bait yang disampaikan oleh Ilmuwan Muda UMNO, Ustaz Fathul Bari. Pandangan dan hujahan beliau lebih tertumpu kepada jumud-jumud PAS disamping memberi peringatan kepada kita agar kita tidak terpesong dari akidah.
Buat orang yang terlalu taksub pada Nik Aziz patut tengok video ini. Bagi hangpa semua sedaq!. Sudah banyak yang berkata tentang kecelaruan kata-kata Nik Aziz dan beberapa guru-guru pondok pernah menegur fahaman yang dibawa oleh Nik Aziz. Tetapi kerana jumud-jumud PAS ini taksub dan mengatakan beliau ulama' , maka apa yang dihamburkan oleh Nik Aziz semuanya betul termasuklah perkataan 'cilako'.
Menyentuh tentang ulama', Al-Quran tidak menyatakan sifat para ulama itu sebagai suka berdebat-debat atau petah berkata-kata atau banyak karangannya atau banyak pengikutnya atau luas pengaruhnya atau hebat fizikalnya atau memiliki PhD atau gelaran Profesor dan lain-lain. Perkara-perkara tersebut masih belum menjadi petunjuk-petunjuk yang pasti kecuali dizahirkan dengan sokongan-sokongan yang lain seperti persepakatan ummah di atas penerimaannya sebagai ulama', dan lain-lain.
Namun begitu, al-Quran mengunci kemas istilah ulama' itu dengan "ketakutan kepada Allah SWT". Dari sudut bahasa Arab, kalimah "innama" itu adalah salah satu bentuk uslub al-hasr wa al-ikhtisas yang memberi makna 'limitation' dan 'privilege'. Bukankah sifat takut (dan iman) itu sesuatu yang tidak zahir dan berada di dalam hati seseorang ulama'? Ya, maknanya bukan mudah untuk mengenal hakikat para ulama' itu.
Imam al-Ghazali menyatakan lima ciri-ciri yang ada pada para ulama' yang besar yang disepakati ummat ini seperti Imam al-Shafie, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad Ibn Hanbal dan Imam Sufyan al-Thawi iaitu:
وكل واحد منهم كان عابداً وزاهداً وعالماً بعلوم الآخرة وفقيهاً في مصالح الخلق في الدنيا ومريداً بفقهه وجه الله تعالى
Terjemahan : "Setiap daripada mereka itu kuat ibadahnya, zuhud, berilmu dengan ilmu-ilmu akhirat, dan faqih di dalam maslahat makhluq di dunia (faqih dalam ilmu hukum ahkam zahir fiqh), dan mengkehendaki dengan ilmu mereka keredaan Allah"
Seorang ulama' bukan sahaja mempunyai ciri-ciri ini, namun dia juga mampu mendidik ciri-ciri ini pada anak-anak didiknya dan masyarakat sekiranya sekaliannya mempunyai niat yang benar dan sahih.
Jadi, sedarlah kita bahawa kedudukan ulama' itu terlalu tinggi untuk dimurahkan istilahnya pada hari ini. Ambillah pengajaran al-Quran. Ulama tidak sesekali mengeluarkan kata-kata kesat mahupun memberi kenyataan yang mengelirukan.
Moralnya, jangan taksub pada Nik Aziz! Masih jauh diri beliau untuk diangkat sebagai ulama!
Baca juga pandangan seorang anak sufi mengenai Nik Aziz dan jumud-jumudnya di SINI
Islam Agamaku! Melayu Bangsaku!
Dirgahayu Malaysia Tanahairku!
Keris 7 Lok kata: Keris tertarik dengan cara Ustaz Fathul Bari berdakwah. Sempoi dan jelas dalam hujahan beliau. Steady bro!
Salam Tuan K7L,
ReplyDeleteFahaman taksub orang Melayu terhadap pemimpin merupakan salah satu sifat perangai Bangsa Melayu sejak zaman Hang Tuah lagi.
Contoh terbaik yang dapat kita lihat ialah Pengaruh ABUYA dari pengikut Al-Arqam Dan juga Ayah Pin.
Ini tidak termasuk fahaman yang keterlaluan yang terpencil dari masyarakat Tarikat, Tabligh etc. Kumpulan sebegini memencilkan diri serta selective terhadap siapa yg boleh join Dan siapa yg tidak boleh join.
Begitu juga dengan Puak Pakatan Haram yang Taksub terhadap pemimpin Anuwar , Nik Aziz, Hadi, LKS, AMBiGa, etc...
Tahap taksub adalah di luar tabiee! Rakus! Meloyakan! Segala apa yang di pertuturkan oleh Pok Nik adalah Hidayah Dan Syurga!
Apa yang hendak di banggakan oleh sebuah Parti yang mampu menukar roh perjuangan dari Islam kepada Kebajikan dengan bersekongkol dengan Kafir Harbi serta mengiktirafkan Komunis sebagai Hero?
Para pemimpin tertinggi PAS tidak mampu Dan tidak mempunyai kaliber sebagai pemimpin serta terlalu mudah diperkotak katikan oleh Anuwar Dan DAP?
Malang sunggoh golongan taksub dari PAS yang terlalu over melampau lampau taksub kpd Pok Nik Dan Anuwar yang hujah mereka lebih kepada Fitnah dam pembohongan yang melampau!
Kesedaran dare rencana tuan adalah pembuka mata kepada pembaca untuk menilai pemimpin pemimpin sebegini.
ARK2
saya terima pandangan tuan ARK2..terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya..apapun..masalah taksub ini tidak menguntungkan banagsadan agama kita..harap mereka sedar..
ReplyDeleteUMNO dan PAS apa bezanya? 2 x 5 je. Sama2 pendukung Demokrasi. Demokrasi adalah sistem kufur, kenapa tetap tidak mahu kepada sistem Islam?
ReplyDelete