02/01/2018

Sejauh Mana Mahathir Sanggup Mengadai Survival Bangsa Melayu.



ANALISA TERPERINCI UCAPAN DASAR TUN MAHATHIR.

Mukadimah.

Adalah perlu kita menyedari bahawa ucapan oleh YABhg Tun Mahathir Mohamed di pembukaan Perhimpunan Agung Parti Pribumi Malaysia hari ini adalah suatu ucapan yang amat penting.

Ucapan ini boleh di anggap sebagai suatu ucapan dasar, mengariskan mana letak asasnya perjuangan dan hasrat halatuju dan juga intipati sanubari parti PPBM itu sendiri.

Bagi saya terdapat dua isu yang teramat penting yang harus di pertengahkan kepada rakyat umum untuk di nilai dan di fahamkan apakah impak kedua-dua isu ini kepada kesinambungan kaum Bumiputra, khususnya, bangsa Melayu, bukan sahaja di dalam setahun-dua ini tetapi lebih kritikal lagi, untuk generasi-generasi anak bangsa Melayu masa hadapan.

Satu isu adalah “conspicuous by its absence” atau “pelik dengan ketiadaannya” dan satu isu di tulis terang seperenggan di dalam teks ucapan Tun Mahathir.

Latarbelakang.

Sesungguhnya, kita tidak boleh di nafikan bahawa kedua-dua parti PPBM dan PKR di terajui oleh bekas-bekas pemimpin UMNO, di mana perjuangan bangsa Melayu untuk bukan sahaja mempertahankan agama Islam, kemajuan ekonomi bangsa Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu, malah memperteguhkan lagi ketiga-tiga tunggak tiang ini agar tidak di pudar di rodak dek arus zaman dan arus deras permodenan globalisasi, dan paling bahaya, di lenyap-padam oleh mana-mana anasir dalam negara yang tidak senang duduk dengan kedudukan istimewa bangsa Melayu di bumi keramat ini - Agama, Bangsa dan Raja.

Oleh itu, sejak penubuhan PKR, yang di terajui oleh DS Anwar Ibrahim, saya tidak ada kegusaran sama ada parti PKR akan mendokong ketiga-tiga tiang seri tersebut di atas. Perjuangan PKR hanya ada satu tujuan sahaja - menaikkan DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Di dalam hal lain-lain, PKR tidak jauh beza dari UMNO.

Isu Pertama.

Namun, dari ucapan dasar YABhg Tun Mahathir pagi ini, adalah jelas bahawa PPBM berhasrat untuk menyimpang jauh dari perjuangan orang Melayu yang telah menjadi batu asas tiang seri rukun pedoman bangsa Melayu sejak zaman-berzaman sebelum merdeka lagi.

Sebagai ucapan sulung di perhimpunan sulung yang sah di adakan oleh PPBM, adalah patut dan perlu PPBM menyatakan dasar asas perjuangan parti. Setelah membaca seluruh teks ucapan tersebut, tidak sekali di laungkan secara terang dan tanpa bayang, suara PPBM menegakkan ketiga-tiga tiang seri perjuangan bangsa Melayu.

Tiang Seri Pertama - Agama Islam.

Tun Mahathir hanya menyentuh kedudukan agama Islam dengan satu ayat mudah sahaja - “Selain pengaruh agama Islam kita juga punyai adat resam. Diantaranya ialah pencubaan mengembangkan agama lain di kalangan orang Islam tidak diterima. Oleh itu kekalkanlah adat ini kerana ia menjamin kestabilan, kebaikan dan keamanan di negara kita.”

Tidak ada beliau menegaskan posisi PPBM dalam mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Tiang Seri Kedua - Bangsa Melayu.
Seterusnya, terdapat pula dua perenggan yang menyatakan bahawa budaya Melayu tidak lagi dominan di negara ini (para 42) dan di para 43 Tun Mahathir mengatakan “Kita punyai banyak budaya campuran hasil pergaulan kaum-kaum. Proses ini akan berterusan dan perlu menjadi unik kepada negara kita”.

Maka, apakah kesimpulan yang kita boleh fahami dari perenggan 43 ini?

Pertama, perenggan 43 ucapan Tun Mahathir ini lari jauh daripada Dasar Kebudayaan Kebangsaan (Dasar Kebudayaan Kebangsaan) yang di gubal oleh Kerajaan Barisan Nasional di mana perenggan pertama menyatakan:-

“Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan- persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.”

Tiang Seri Ketiga - Raja-Raja Melayu.

Di dalam perenggan ke 15, Tun Mahathir menyebut “Akan kami lakukan segala yang diperlukan untuk matlamat ini, untuk negara demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.”

Ayat ini menimbulkan pertanyaan, “Bukankah ini keadaan status quo sekarang ini?”

Sudah tentu kita tahu pula bahawa institusi istana telah beberapa kali di keji, di rodak dan di perkecilkan oleh rakan-rakan parti Pakatan Harapan. Sebagai parti yang mengandungi perkataan “Pribumi”, di manakah maruah Melayu hendak di letakkan oleh parti PPBM ini? Atau Tun Mahathir mencampur-adukkan sentimen peribadinya kerana perbalahan beliau dengan beberapa istana-istana yang ada?

Sesungguhnya, ketiadaan mahupun satu perenggan yang tanpa berdolak-dalih meletakkan ketiga-tiga tiang-tiang seri sebagai perjuangan jihad bangsa Melayu adalah teramat meragukan.

Isu Kedua -Kewargaan Negara.

Untuk menjiwai isu memberi kewarganegaraan kepada rakyat asing ini haruslah di teliti melalui lensa sejarah di mana rundingan untuk memberi kewarganegaraan untuk bangsa Cina, India dan lain-lain menjelang kemerdekaan amatlah rumit dan sensitif. Betapa sensitifnya isu ini adalah kerana pemimpin bangsa Melayu ketika itu, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman terpaksa memberim konsesi kepada pihak British bahawa bangsa-bangsa lain di beri kewarganegraan kerana tanpa persetujuan tersebut, pihak British akan menangguhkan kemerdekaan negara ini.

Begitulah berharganya nilai kewarganegaraan negara ini.

Adalah juga pengetahuan bahawa Kementerian Dalam Negeri Malaysia mengenakan syarat-syarat yang teramat ketat di dalam penganugerahan kewarganegaraan negara ini. Jika Amerika Syarikat secara otomatik memberi kerakyatan kepada suami atau isteri seorang rakyat Amerika Syarikat, di Malaysia, amalan lazim hanyalah pemberian status “mastautin tetap” atau “permanent resident”.

Jika kita meneliti prenggan 41 ucapan Tun Mahathir yang menyebut:-

“Sementara kita bersedia menerima masuk warga baru dari negara lain, jumlahnya hendaklah tidak meningkat tinggi sehingga mengubah secara radikal agihan peratusan warga negara berbagai kaum di Malaysia’

kita boleh membuat kesimpulan bahawa kerajaan Pakatan Harapan yang di terajui oleh Tun Mahathir bersedia memberi kerakyatan kepda warga asing, dengan jumlah yang besar, asalkan jumlah ini tidak “mengubah secara radika agihan peratusan warganegara berbagai kaum di Malaysia”.

Kita tahu bahawa kaum Bumiputra sekarang berjumlah 67%, kaum Cina hampir 23%. Peratusan kaum Cina semakin berkurangan kerana kadar kelahiran yang juga semakin berkurangan. Pada tahun 1957, kaum Cina berjumlah 45%, menurun kepada 32% pada tahun 1980 dan seterusnya di jangka akan menurun lagi kepada hanya 18.6% pada tahun 2035.

Kita perlu mengingatkan diri kita juga strategi Kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pemerintahan parti DAP yang melenyapkan kawasan-kawasan perkampungan orang Melayu di pulau tersebut, dan dengan pembinaan kondo-kondo mewah di sana, jumlah peratusan orang Melayu akan menurun, meningkatkan jumlah kaum pengundi Cina di Pulau Pinang.

Hasrat untuk membuka pintu untuk menganugerahkan kerakyatan Malaysia kepada warga asing adalah suatu langkah yang amat merbahaya untuk kesinambungan kuasa dominan bangsa Melayu di jangka panjang.

Penutup.

Saya tabik ke atas kelincahan Tun Mahathir menyusun kata ucapannya. Beliau tahu, tersangat tahu, bahawa ucapan dasar beliau bukan sahaja untuk di perdengari oleh ahli-ahli PPBM tetapi juga akan di teliti oleh rakan sengakatn mereka, Democratic Action Party - DAP.

Untuk mendapat sokongan dan restu sebuah parti yang mempunyai jumlah kerus terbesar di dalam Pakatan Harapan, Tun Mahathir sanggup akur mengadaikan kedudukan bangsa Melayu.

Oleh kerana beliau tahu bagaimana isu-isu di atas boleh menyemarakkan kemarahan orang Melayu, dan dari pengalaman beliau memanipulasi kelakuan media, beliau dengan liciknya memohon maaf dan menangis di hujung penutup ucapan beliau.

Tun Mahathir tahu bahawa perhatian media - headline - akan beralih ke situ - “Tun Mahathir Meminta Maaf!”.

Itulah yang akan menjadi perbualan dan perbincangan ramai padahal di dalam ucapan beliau terkandung dua isu yang tersangat besar impaknya kepada kelestarian - SURVIVAL - kaum Bumiputra di Tanah Melayu ini.


K7L : Terima kasih kepada sumber.. artikel ini sangat wajar untuk dikongsikan..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk