24/01/2018

DAP Anggap Mahathir Sebagai Mahafiraun, Murtad & Umpama Pope Masuk Islam



Tatkala Mahathir menghina orang jual nasi lemak dan jadi pemandu Uber. Tatkala Mahathir hina jemaah haji 1MDB. Tatkala Mukhriz hina ibadah umrah Datuk Seri Najib di Mekah. Dalam diam diam DAP mengutuk Mahathir di portal rasmi mereka.

DAP menyifatkan Mahathir seperti ketua paderi, Pope yang baru masuk Islam. Dalam satu artikel bertajuk “Mahu Menang Bersama Dr Mahathir, Atau Tewas Di Tangan Najib?”  pada 19 Januari 2018. Artikel ini ditulis oleh  editor akhbar rasmi DAP, Roketkini, Izmil Amri Ismail.

Selain itu, artikel itu juga menggelarkan Mahathir sebagai murtad. “Dr Mahathir sudah murtad daripada perjuangan Umno yang dibinanya selama puluhan tahun” gelar akhbar DAP itu terhadap Mahathir. Telur penyokong Mahathir sudah “masuk ke dalam”, tiada seorang pun tampil melawan balik DAP.

Teruk dan hina sekali gelaran yang diberi oleh DAP ini, tapi apa boleh buat Mahathir terpaksa telan dan hadam semua kritikan ini kerana sekarang Mahathir tidak boleh lawan DAP. Mahathir hanya menumpang sahaja dalam pakatan pembangkang.

Sudah pun diumumkan, Mahathir kalau menang pun hanya dapat jawatan untuk sementara sahaja. Maknanya, Mahathir hanya melukut sahaja ditepi gantang sahaja. Mahathir perlukan DAP untuk membolehkan anaknya menjadi Perdana Menteri.

Jadi Mahathir buat pekak telinga sahaja dengan apa yang DAP kata kepada dia. Begitu juga dengan segala kesalahan dan skandal DAP, Mahathir akan tutup mulut dan jadi bisu atas segala skandal DAP yang berlaku di Pulau Pinang. Gadai tanah sampai berbillion billion, skandal terowong sampai beratus juga, banjir yang tidak henti henti, skandal kilang haram, tanah runtuh dan rasuah banglo Pinhorn.

Mahathir jadi bisu pada skandal DAP, dan jadi pekak teliga pada semua benda yang DAP kutuk padanya. Akhbar DAP siap kutuk lagi Mahathir sebagai Mahafiraun dan diktator tua.

Ini kesimpulan yang dibuat oleh Roketkini, “maka pilihannya mudah sahaja. Tidak ada lain, kita mesti menang. Rakyat mesti menang. Dan kalau kemenangan itu diusung mantan diktator tua, si mahafiraun yang kita benci; apakah kita akan menangguhkan kemenangan sekali lagi, dan membiarkan rejim terus ketawa untuk seribu tahun lagi?”

Bermaksud pandangan DAP terhadap Mahathir masih tidak berubah. Mahathir masih lagi dianggap sebagai diktator dan mahafiraun. Yang berubah adalah pandangan Mahathir terhadap DAP. Mahathir ampunkan semua dosa DAP tetapi DAP nampaknya masih tidak ampunkan dosa dosa Mahathir.

Oleh kerana itulah, biarpun DAP setuju Mahathir jadi PM untuk sementara tetapi selepas itu DAP bermesyuarat sulit pula sesama mereka. DAP buat mesyuarat sulit di Hotel Holiday Villa, Subang pada 7 Januari 2018. DAP putuskan untuk kekal dengan agenda “Malaysian Malaysia” dan menguasai kabinet dengan jawatan jawatan menteri yang utama.

DAP mahu kerusi kerusi penting seperti Timbalan Perdana Menteri Kedua, Menteri KDN, Menteri Kewangan, Menteri Pendidikan, Menteri MITI, Menteri Pertahanan, Menteri KPKT, Menteri JKR dan Speaker Dewan Rakyat.

Slogan DAP sentiasa bertukar iaitu ‘Malaysia First’ atau ‘Impian Malaysia’ atau ‘UBAH’ atau ‘Selamatkan Malaysia’ namun roh perjuangan asal DAP iaitu ‘Malaysian Malaysia’ yang terkandung dalam Deklarasi Setapak 1967 kekal selamanya. Roh perjuangan asas DAP seperti yang disebutkan dalam Deklarasi Setapak 1967 adalah:

“Perkara pertama yang perlu dilakukan jika kita hendak memperbetulkan prinsip pembangunan negara di sebuah masyarakat berbilang kaum adalah menjauhi apa-apa idea hegemoni kaum oleh satu komuniti. Usaha yang sedemikian mesti ditumpaskan dan disingkirkan sama sekali..”.

Ini roh asal DAP. Kerana itulah Kit Siang masih lagi tidak mahu bersara dari politik. Kit Siang mahu memenuhi hasrat Deklarasi Setapak ini. Mahathir pula mahu memenuhi hasratnya untuk menjadikan anaknya sebagai Perdana Menteri.

Di situ sudah nampak pertembungan cita cita sebenar Kit Siang dan Mahathir. Kit Siang mahu berpolitik untuk laksanakan misi Deklarasi Setapak manakala Mahathir pula ada agenda peribadi. Namun DAP masih lagi tidak berubah, kekal dengan prinsipnya. Yang berubah adalah Mahathir, sudah tunduk pada DAP.

Kalau DAP benar benar ikhlas pada Mahathir, sudah tentu DAP akan berikan kerusi selamat untuk Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin bertanding. DAP boleh beri kerusi Cheras, Seputeh atau Segambut kepada PPBM. Tetapi DAP tidak buat begitu, DAP masih lagi bertanding di kerusi kuat mereka. Membiarkan Mahathir dan anaknya bertanding di kerusi yang mereka belum tentu lagi menang.

Barangkali DAP suka Mahathir dan Mukhriz kalah. Lagi senang bagi DAP. DAP hanya mahu pergunakan Mahathir sahaja. Sebagaimana Aufidius mempergunakan Coriolanus, jeneral tentera Rom untuk menawan Rom. Sesudah misi selesai maka dibunuhlah Coriolanus. Atau seperti Hulagu Khan mempergunakan Rafadh Ibnu Alqami untuk menjatuhkan kerajaan Abasiyah. Sesudah selesai misi maka dibunuhlah Rafadh itu.

Sejarah pengkhianatan Si Kitul dan mamak Mendaliar boleh berulang di Putrajaya. Cara DAP mengutuk dan menggelar Mahathir umpama Pope masuk Islam, mahafiran dan diktator tua sudah menunjukkan sikap DAP sebenar terhadap Mahathir. Ini bukti pakatan pembangkang hanya sandiwara sahaja. Berpakat untuk rebut kuasa. Lepas dapat kuasa, bergaduhlah mereka sesama sendiri.

K7L : Gila sungguh mereka ini.. Mahathir disamakan dengan Pope?.. ada yang tersirat mungkin..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk