03/01/2018

Penjelasan Terbaik Berkenaan Isu Jambatan Gantung Pamah Aur!



Jambatan Gantung Pamah Aur menghubungkan kampung ini dan kampung Beriang dalam pentadbiran JKKK Bukit Kota. Kerosakan selepas banjir Disember 2014 telah diperbaiki pada tahun 2015. Ianya sekali lagi rosak selepas banjir pada Januari 2017. 

YB Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail selaku ADUN Jelai telah memohon sejumlah besar peruntukkan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara bagi membaiki kerosakan-kerosakan akibat banjir dalam DUN Jelai termasuk jambatan gantung terbabit pada 1 Jun 2017. 

Harus diingat tempoh beberapa bulan diperlukan bagi agensi teknikal seperti JKR dan Pejabat Daerah Lipis mengenalpasti jenis kerosakan, kaedah pembaikan dan kos pelaksanaan dapat ditentukan supaya permohonan dapat dibuat serentak (meliputi kerosakan di kampung-kampung lain) dan peruntukkan yang mencukupi dapat disalurkan oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Pahang.

Melalui peruntukkan daripada Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara, Pejabat Kewangan Negeri telah memaklumkan bahawa projek ini telah mendapat kelulusan melalui satu surat bertarikh 20 Oktober 2017.

Proses Tender oleh JKR Daerah Lipis telah dilaksanakan dan surat tawaran kepada kontraktor yang berjaya telah dikeluarkan pada 21 Disember 2017. Dalam surat tawaran tersebut telah dinyatakan bahawa kerja-kerja harus dimulakan pada 8 Januari 2018 dan tempoh pembinaan adalah selama 10 minggu. (Lihat Lampiran 3 Surat Pejabat Jurutera Daerah).

Kronologi di atas diharapkan dapat menepis tuduhan bahawa pihak berkuasa khususnya wakil rakyat dan agensi kerajaan tidak mengambil berat tentang masalah penduduk di situ.

Selain daripada itu Kampung Pamah Aur juga dihubungkan ke Bandar Kuala Lipis melalui jalan sediaada melalui Kampung Seberang Jelai. Kemungkinan Puan Zaharah dan suami tidak dapat menghantar anak ke sekolah melalui jalan darat adalah kerana terdapat kawasan yg tenggelam akibat kenaikan paras air sungai Tanum malam tadi. 

Buktinya adalah sehari sebelum itu Puan Zaharah telah menghantar anak-anaknya ke sekolah berasrama menggunakan kenderaan milik mereka.

Walau bagaimanapun kami dimaklumkan JKKK Bukit Kota turut menyediakan kemudahan bot bagi mereka yang memerlukan selain terdapat juga penduduk kampung yang memiliki bot persendirian. hubungan persaudaraan di kampung ini seharusnya membolehkan mereka bantu-membantu antara satu sama lain.

Menjawab pula kecaman dan tuduhan terhadap pihak YB Dato' Haji Abdul Rahman Mohamad, Ahli Parlimen Lipis, untuk makluman pembaca sekalian lokasi kampung terbabit bukan dalam Parlimen Lipis namun dalam Parlimen Cameron Highlands. 

Jadi kepada sebahagian daripada kita yang suka membuat tuduhan melulu seperti komen dalam posting Sukan Star (lihat lampiran 4) diharapkan dapat berhenti daripada terus memfitnah dan menyambung fitnah.

Buat Puan Zaharah dan Suami, walau apa pun niat Puan dan Tuan, usahlah mempertaruhkan nyawa anak kecil seperti itu. sedikit kesilapan boleh membawa kekesalan selamanya. dapat jambatan pulau pinang pun dah tiada gunanya lagi. tak perlulah ke sekolah hanya untuk sehari dua jika benar-benar keadaan tidak mengizinkan.


Kecuaian dan pengabaian oleh ibu bapa serta perbuatan mendedahkan anak-anak kepada bahaya boleh dikenakan tindakan di bwh seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. Ibu bapa yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

K7L : Dah minta maaf tapi salah tetap salah..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk