21/01/2018

Azmin Ali Sudah Tunjuk Dia Lebih Sayangkan PAN Berbanding PAS



Memang pakatan pembangkang adalah pakatan wayang. Akhirnya topeng muka penuh pura pura Azmin terhadap PAS di Selangor sudah ditanggalkan. Azmin sudah tunjuk isi hati sebenarnya. Siapa yang lebih Azmin sayang, antara PAS dan PAN. Azmin pilih PAN.

Semuanya bermula pada 14 Januari 2018, akhbar Sin Chew Daily melaporkan Roslan Shahir Mohd Shahir, Ketua Penerangan PAS Selangor dipecat sebagai dari jawatannya dalam Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Azmin Ali bertindak demikian untuk membalas dendam tindakan PAS tidak melantik orang PKR sebagai penyelaras pilihanraya di Kelantan. Selain itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi terpaksa mengadap Sultan Selangor untuk mengadu mengenai peruntukan wakil rakyat PAS yang telah disekat Azmin.

Azmin Ali ada membuat penafian bahawa dia menyekat peruntukan wakil rakyat PAS, namun penafian Azmin itu dibidas oleh penyokong PAS bernama Hanisya Abdul Hamid di facebook yang menulis demikian :

“Kalau ianya tidak berlaku mengapa perlu Pesuruhjaya PAS Selangor YB Ustaz Sallehen Mukhyi nak menghadap Tuanku Sultan Selangor untuk mengadu tindakan zalim, tidak beretika dan tidak berhati perut tanpa berperikemanusiaan ini?

“Mohon Azmin Ali henti berpolitik murahan sekadar membuat penafian sedangkan realitinya adalah sebaliknya,” kata Hanisya.

Politik kayu tiga Azmin ini akhirnya memakan dirinya sendiri. Tahun lepas lagi, Azmin sudah main kayu tiga untuk pujuk Hadi Awang, kemudian selang enam hari sahaja Azmin jumpa pula dengan Mat Sabu untuk bincang tentang pilihanraya.

PAN adalah "isteri yang sah" manakala PAS pula sudah jadi janda setelah berkuburnya Pakatan Rakyat dalam pembangkang. Sudah sah “bercerai” bila PAS sudah tiada lagi dalam pembangkang. Namun di Selangor, Azmin Ali ambil "janda" untuk bersamanya dalam "rumah"  kerajaan negeri Selangor.

Hayat "janda" yang bernama PAS ini memang tidak lama. Seperti yang sudah dijangkakan, menyekat peruntukan wakil rakyat PAS adalah tanda awal “janda” bernama PAS ini akan dihalau keluar dari rumah Azmin.

Secara rasminya dalam PRU14 nanti, bermulalah proses menghalau keluar janda. Azmin akan ikut cara DAP di Pulau Pinang. Pecat dan halau keluar PAS dari kerajaan negeri selepas tidak diperlukan lagi.

Taja orang orang PAS agar keluar PAS dan tubuh parti baru bernama PAN. Jadikan PAN sebagai proksi baru DAP yang mudah dikawal dan mudah disuruh. Senang disuruh untuk “screw” Melayu dan ‘screw” balik PAS. Inilah agenda DAP menubuhkan PAN.

Azmin tidak boleh lari dari perancangan besar yang dirangka DAP ini. Azmin kena terima dan ikut sahaja apa yang DAP rancang dan mahu. DAP mahu anjur pesta arak, Azmin ikut sahaja. Ini kerana DAP adalah abang besar kepada pembangkang di Malaysia dan juga di Selangor.

Tiga Exco PAS iaitu Iskandar Samad, Yunus Khairi dan Zaidy Abdul Talib yang sedang sedap 'berselera menikmati dedak' RM20,250 sebulan pemberian Azmin di Selangor menanti hari sahaja untuk diterajang keluar dari rumah Azmin. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk berada dalam makan sedap sedap dalam rumah Azmin.

Mat Sabu, Khalid Samad, Hanipa Maidin sudah mula berangan angan hendak ganti tempat mereka. Betapa bodohnya Exco Exco PAS ini. Masih lagi mahu “menjilat” Azmin tatkala PAS kena maki dan dikafirkan oleh ketua baru pembangkang iaitu Mahathir.

Menyekat peruntukan wakil rakyat PAS ini akan menyukarkan wakil rakyat PAS yang sedia ada untuk memberi khidmat di kawasan mereka. Maka apakah ada kebarangkalian, dalam diam diam Azmin menaja bakal calon PAN dengan menggunakan dana yang disekat itu? Ada kemungkinan.

Azmin sudah tidak kenang lagi jasa PAS semasa Langkah Kajang dulu. Tidak kenang lagi PAS yang menyokongnya menjadi Menteri Besar berbanding Wan Azizah. Azmin lebih sayang PAN, kerana PAN lebih banyak dana dan duit dari poket DAP.

Rakyat kena ambil kes pergaduhan PAS dengan Azmin Ali di Selangor ini sebagai satu pengajaran. Moralnya, pakatan pembangkang yang ada di Malaysia ini hanyalah sementara sahaja. Mereka tidak ikhlas antara satu sama lain. Dulu di Pulau Pinang pun sama, DAP bergaduh dengan PAS.

Perkara sama akan berulang di peringkat pusat. Pembangkang hanya mampu namakan jawatan PM sementara dan TPM sementara. Tidak berani namakan langsung senarai penuh “shadow cabinet’ mereka. Mana boleh namakan, kerana satu hari nanti mereka akan bergaduh dan bergasak sakan hendak berebut kuasa nanti.

Itulah yang terjadi di Selangor. Lepas satu sandiwara, datang lagi satu sandiwara. Rakyat Selangor sudah dua penggal kena tipu dengan pembangkang. Sudah sampai masa beri balik pada Barisan Nasional untuk terajui Selangor.

K7L : Kembalikan kepada BN!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk