12/01/2018

Marah PAN, Guan Eng Tunjuk Siapa Ketua Sebenar Dalam Pembangkang



Parti Amanah Negara (PAN) baru nak bersuara untuk meminta supaya perbincangan mengenai penggagihan kerusi dalam Pakatan Harapan diteruskan selepas PAN tidak berpuas hati kerana mendapat 27 kerusi Parlimen di Semenanjung pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Namun belum sempat perbincangan dilakukan, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah meminta agar pimpinan PAN supaya berhenti memperbesarkan isu pembahagian kerusi Parlimen itu, Guan Eng dipetik oleh portal Berita Harian Online sebagai berkata, parti itu sepatutnya memberi tumpuan kepada strategi yang jelas bagi menghadapi Barisan Nasional.

Amaran daripada Guan Eng itu, jelas membuktikan bahawa DAP telah menunjukkan siapa yang menjadi ketua sebenarnya dalam Pakatan Harapan.

Walaupun Mahathir dicalonkan sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan dan walaupun PPBM mendapat kerusi paling banyak dalam penggagihan kerusi Parlimen di Semenanjung, namun DAP sebenarnya menjadi ketua dalam PH.

Meskipun ketika penubuhan awal PAN, pemimpinnya dilihat begitu rapat dengan DAP sehingga dianggap sebagai pengkhianat oleh PAS, namun keakraban itu tidak memberi jaminan dalam pengagihan kerusi terbabit.

Sedangkan dalam Perjanjian PH yang ditandatangani pada 13 Disember 2016, telah termaktub bahawa atas semangat setiakawan dan kerjasama, parti-parti dalam rangka perjanjian ini hendaklah memelihara hubungan baik antara satu sama lain dan menyelesaikan pertikaian menerusi perundingan bersama.

Tapi berdasarkan kenyataan Guan Eng itu, ia telah melanggar perjanjian terbabit. Ia juga sebagai isyarat kepada parti lain bahawa DAP tetap menjadi dominan, dan ini bukan rahsia lagi malah banyak pihak sudah memperkatakan mengenainya. Malah sesiapapun yang menjadi Perdana Menteri Pakatan Harapan akan menjadi boneka kepada DAP.


K7L : PAN mula dianaktirikan..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk