07/01/2018
VAT Arab Saudi : Kos Haji Kekal, Kerajaan Terus Tambah Subsidi Buat Jemaah Haji
21:00
No comments
Mulai 1 Januari 2018, kerajaan Arab Saudi telah memperkenalkan cukai Cukai Nilai Tambah (VAT) dan mengikut logiknya ia akan meningkatkan kos bagi mereka yang akan mengerjakan haji di tanah suci pada tahun ini.
Namun mujurlah kerajaan memahami kesukaran yang akan dialami oleh rakyat Malaysia, maka langkah yang diambil adalah dengan menambahkan bantuan subsidi kepada jemaah haji, supaya kesan pelaksanaan VAT tidak akan dirasai mereka.
Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa kerajaan akan sentiasa menjaga kebajikan dan urusan bakal tetamu Allah.
Mungkin rakyat di negara ini memandang ringan mengenai kos haji ini namun tahukah mereka, kos bayaran haji bagi jemaah muassasah kali pertama sebenarnya adalah RM22,450 namun selepas kerajaan memberikan subsidi, kosnya hanyalah RM9,980.
Manakala subsidi keseluruhan yang akan ditanggung oleh kerajaan selepas pelaksanaan VAT oleh Arab Saudi akan meningkat kepada RM400 juta untuk tahun ini, iaitu peningkatan kira-kira RM140 juta daripada tahun-tahun sebelum ini.
Sementara itu, subsidi keseluruhan yang kerajaan tanggung sejak 2009 bagi jemaah haji adalah RM1 bilion.
Melihat kepada jumlah tersebut, siapa sangka selama ini kerajaan menanggung kos subsidi yang begitu besar untuk jemaah haji.
Namun kerajaan tidak berhasrat untuk membuang subsidi berkenaan kerana prihatin dengan rakyat Malaysia. Bayangkan jika subsidi itu dibuang, rakyat Malaysia perlu membayar lebih RM20,000 untuk ke tanah suci dan pastinya ramai yang tiada peluang untuk ke sana.
Bagaimanapun di sebalik kebaikan yang dilakukan, masih ramai yang menutup mata dan enggan mengakuinya sebaliknya terus mencari silap Tabung Haji. Macam-macam perkara dilakukan untuk memburukkan Tabung Haji termasuk fitnah daripada Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Tetapi Tabung Haji tidak berdiam diri sebaliknya membalas balik dengan mengambil tindakan undang-undang ke atas Rafizi kerana menyiarkan tohmahan. Kes itu kini sedang dibicarakan.
Begitu juga ketika pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (Imams) bagi menangani unsur penipuan dalam tawaran pakej umrah. Sistem itu menjadi kontroversi disebabkan bayaran RM90. Namun selepas 24 jam dilaksanakan, kerajaan memutuskan untuk membatalkannya.
Malangnya selepas Imams dibatalkan, masih ada suara sumbang yang memburukkan kerajaan. Macam-macam tuduhan liar dibuat tetapi apabila kerajaan memutuskan untuk mengekalkan subsidi jemaah haji tahun ini, meskipun dihimpit dengan kenaikan kos akibat pelaksanaan VAT, pembangkang membisu.
Yang kes RM90 bising, yang kerajaan tanggung bagi subsidi sampai RM1000 juta ini tidak pula hendak bising dan terima kasih?
Ini kerana mereka tahu dan akui (dalam diam-diam) bahawa kerajaan tidak memandang ringan dan akan mencari jalan terbaik bagi memudahkan umat Islam menunaikannya.
Ibadah adalah isu sensitif justeru sudah tentu kerajaan tidak akan membiarkan umat Islam di negara ini terbeban.
Tetapi jika rakyat Malaysia masih terpedaya lagi dengan pembohongan pembangkang meskipun bukti sudah terbentang luas, maka terpulanglah kepada mereka. Jangan ingat apa yang dinikmati sekarang akan terus kekal jika Pakatan Harapan memerintah.
Penjawat awam akan kena buang sampai sejuta orang, duit MARA, duit PNB, duit KWSP dan duit Tabung Haji entah lesap ke mana kalau DAP yang memerintah.
Sekarang pun Pakatan Harapan sudah kelam kabut, bagaimana mereka ini boleh dipertanggungjawabkan untuk memerintah negara. Nak pilih calon Perdana Menteri pun sudah berapa kali mesyuarat diadakan, itu pun masih belum bertemu jawapan.
Jadi senang cerita, lebih baik tolak Pakatan Harapan daripada mereka terus memusnahkan negara. Demi anak cucu dan masa depan, kena terus mengundi Barisan Nasional.
Nak Pesan Awal-Awal
Keris 7 Lok kata :korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...
Arkib Keris 7 Lok
-
▼
2018
(520)
-
▼
January
(120)
- Pemimpin DAP Akui Akan Kuasai Perak?
- Abang Syed Saddiq Gay? - Mahathir Tak Buat Macam A...
- Benarkah Tanah Pengakalan Udara Sungai Besi Milik ...
- Khas Untuk Mereka Yang Ada Terfikir Tukar Kerajaan
- Barisan Nasional Beri Keadilan Sebenar Kepada Raky...
- #Video - Orang Lama PKR Kutuk Mahathir Dan Pakatan...
- Propa Recycle Taktik Baru Pembangkang Di Whatsapp
- Bapak Minta Campur Tangan Asing - Anak Malu Mengak...
- #UndiRosak Mimpi Ngeri Pakatan Yang Bawa Mahathir ...
- #Video PPBM Mengamuk Bila Umum 6 Kerus Untuk NS - ...
- Kenapa Mukhriz Malu Dan Takut Mengaku Anak Malaysia?
- Rakyat Malaysia Harus Kecewa Dengan Mahathir Yang ...
- #KekalNajib - Facebooker Buatkan Guan Eng Panas Hati?
- Projek Projek Ajaib “Developer Action Party” Di Pu...
- Berita Yang Akan Buatkan Pakatan Hilang Modal Buru...
- Mukhriz Malu Mengaku Orang Malaysia - Brunei Sahka...
- Pelaburan China Di Malaysia - Terbongkar Akhirnya?
- Ambil Balik Orang Lama Berkuasa, Berulanglah Kisah...
- Undi Rosak, Keluar Parti & Protes Kini Umpama Bara...
- Senarai Penipuan Yang Perlu Rakyat Peka Dan Prihatin
- 9 Individu Paling Tua Dipilih Sebagai Pemimpin Neg...
- Duit Hilang Sampai RM236 Juta Bukti Skandal Terowo...
- ADAM50 - Cara Permohonan Dan Kelayakan - #KekalNajib
- Hendak Selamatkan Siapa Jika Ambil Balik Pemimpin ...
- Projek DS Najib Yang Pembangkang Takut Dan Benci! ...
- PKR Sendiri Akui Mahathir Bapa Bailout Negara?
- Mahathir Tuduh Dirinya Perdana Menteri Korup?
- Lebih Ramai Graduan Tidak Ada Kerja - Mahathir vs ...
- Nga Kor Ming Kaya Macamana Kalau Malaysia Bankrup?...
- DAP Anggap Mahathir Sebagai Mahafiraun, Murtad & ...
- Dulu Dapat Pelaburan 70 Billion Dari Jepun - Mahat...
- Ekonomi Malaysia -Institusi Kewangan Antarabangsa ...
- Mahathir Arahkan Untuk Mereka 'Diselesaikan' - Per...
- Agenda Sebenar DAP Adalah Tumbangkan Kuasa UMNO Di...
- Nga Kor Ming Kata Malaysia Nak Muflis - Tapi Rumah...
- Pertikai Jemaah Haji 1MDB, Mahathir Buat Kerja Tuhan
- Kenaikan Cukai Hartanah & Premis Punca Kos Sar Hid...
- Rafizi Tuduh Anak Mahathir Jadi Taukeh Arak?
- Kebimbangan Berkenaan Terowong Pulau Pinang Terbon...
- Bila Ringgit Sudah Kukuh, Mulalah Serangan Jahat P...
- Pencapaian 9 Tahun Najib Yang Mahathir Benci? #KN
- Guan Eng Haramkan Video Ini Di Pulau Pinang? Kenapa?
- Azmin Ali Sudah Tunjuk Dia Lebih Sayangkan PAN Ber...
- LGE Guna Skill Mahathir - Konsesi Tol Terowong Pen...
- #UndiRosak - Protes Mereka Yang Tidak Setuju Denga...
- Mahathir Kena Sound Tepek Dengan PAS?
- PM Sementara - PPBM Pun Sementara Juga!
- Mahathir Terdesak Isu - Hina Penjual Nasi Lemak Da...
- Mahathir Dah Mula Bimbang - Pujuk PAS Tapi Masih K...
- Macai Mahathir Disyaki Kemurungan Selepas Video In...
- Fakta East Coast Rail Link (ECRL) Yang Pembangkang...
- 2004 Mahathir Kata Apa Graduan Universiti? - Mari ...
- Kata Ikat Perut, Tapi Belanja Melancong Terus Meni...
- Kajian Politweet Kuatkan Ramalan, Pembangkang Akan...
- Skandal Skandal Kerajaan DAP Pulau Pinang - Kejaya...
- Muhyiddin Sedia Jadi Kuli Walaupun Memang Presiden...
- Mahathir PM Sementara, DAP Yang Jadi Kabinet Kekal
- 27 Kerusi PAN Semuanya Mereka Tak Boleh Menang!
- Kerajaan Jamin Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti! ...
- Pertikai Najib Masuk Kaabah, Mukhriz Tiru Perangai...
- Mahathir - Anwar vs Najib - Zahid Dalam Mengawal H...
- Ringgit Kukuh Kerana Pentadbiran Najib Bukannya Ke...
- Mahathir Marah Selepas Lihat Video Minyak Ini?
- Harga Ikan Kembung RM3 - Ini Semua Salah Kerajaan?
- Samseng PBT Bawah Kerajaan Selangor? - PRU14 Kita ...
- Satu Demi Satu Institusi Diraja Dihina Pembangkang
- Habislah Ringgit Dah Tak Laku Di Luar Negara?
- Najib Ke Taman Syurga, Mahathir Mencari Banduan Pe...
- PANAS! - Anwar Ibrahim Kata Siapa Sokong Mahathir ...
- Bila Azmin Mula Serang Mahathir Sebab Tak Puas Hati?
- Wan Azizah Yang Jadi TPM Sementara, Sebelum Mahath...
- Agenda Rahsia DAP Di Sebalik Pencalonan Tun M?
- Tol Masih Murah Tanda Mahathir Tak Mahu Mansuhkan ...
- Kerusi PAN Lebih Sikit Daripada PPBM - Kena Bodoh ...
- Marah PAN, Guan Eng Tunjuk Siapa Ketua Sebenar Dal...
- Kem Azmin Jadikan Keputusan Harapan Untuk Calon PM...
- #InCaseWanAzizahLupa - Dulu Siasat Kini Calon PM H...
- Belum Apa-Apa Ramai Sudah Bantah Pencalonan Mahath...
- Bukan 35 Kerusi Sahaja, DAP Yang Tanding Paling Ba...
- Undi Barisan Nasional Untuk Kestabilan Negara & Ke...
- Kecoh Isu PM Bawa Keluarga Ke Arab Saudi - Penjela...
- Deklarasi Permatang Pauh - #InCaseWanAzizahLupa
- Warkah Dari Penjara - #InCaseWanAzizahLupa
- Tun M Bakal Perkenal Semula ‘Mahathirisme’ - Anak ...
- DAP Masih Ketua - Mahathir Umpan Sahaja!
- BR1M Carian Paling Popular Rakyat Malaysia Di Goog...
- #MahathirPMNoMore - Calon PM Jadi Kejian Sesama Pe...
- Cara Mahathir Selamatkan Malaysia Amat Mengagumkan!
- PKR Selangor Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju. #Mah...
- Harga Barang Keperluan Asas Naik Mendadak?
- Sah Mahathir Dah Jual Johor Pada Singapura Dahulu?
- Bukti Anwar Sokong Mahathir Jadi PM Ke 7 Tersebar?
- VAT Arab Saudi : Kos Haji Kekal, Kerajaan Terus Ta...
- PCM Serah Bukti Baharu Kepada SPRM - Guan Eng Tak ...
- Ringgit Tertinggi Sejak Mac 2016 - Mahathir Meroyan?
- Video Lagu Tun Tak Tau Viral Sampai Filipina?
- Cina Muslim Berpesan Kepada Pro PAN-PKR-DAP Dan Me...
- Mahathir & Anwar Tidak Akan Berjaya Jadi PM
- Mahathir Nafi Pecat Tun Salleh Abas Dan Tuduh Oran...
- Surat Terbuka Rakyat Malaysia Berbangsa Cina Kepad...
-
▼
January
(120)
0 ulasan:
Post a Comment