26/01/2018

9 Individu Paling Tua Dipilih Sebagai Pemimpin Negara. #KekalNajib




9. Presiden Donald Trump memecah rekod sebagai Presiden US yang paling tua dipilih pada umur 70 tahun ketika Pilihanraya Presiden US 2016.

8. Konstantin Tchernenko dipilih menjadi Presiden USSR pada tahun 1984 ketika berusia 73 tahun.

7. Giovanni Paolo Lascaris menjadi Grand Master Malta pada tahun 1636 ketika berusia 76 tahun.

6. Winston Churchill, Perdana Menteri United Kingdom berusia 77 tahun ketika dipilih pada tahun 1951.

5. Pope Benedict XVI ketika berusia 78 tahun dipilih sebagai Ketua Negara Vatican City pada tahun 2005.

4. Joaquín Balague, Presiden Dominican Republic sebanyak 3 penggal tidak berturut-turut dipilih kali terakhir memegang jawatan tersebut ketika berusia 80 tahun pada tahun 1986.

3. Enrico Dandolo, menjadi Doge of Venice ketika berusia 85 tahun pada tahun 1192.

2. Nicolò da Ponte dipilih sebagai Doge of Venice ketika berusia 87 tahun pada tahun 1578.

1. William Ewart Gladstone pernah menjadi Perdana Menteri United Kingdom sebanyak 4 kali tidak berturut-turut dan penggal terakhir beliau dipilih semula adalah pada 1892 ketika berusia 88 tahun.

Mahathir berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri semula pada usia 93 tahun, hampir 30 tahun perbezaan dengan Perdana Menteri sekarang, Dato' Sri Najib Tun Razak yang baru berusia 65 tahun.

Dalam dunia selepas tahun 2000, hanya Pope Benedict XVI dan Presiden Donald Trump sahaja dalam senarai tersebut dipilih sebagai ketua negara masing-masing dan itupun mereka belum mencecah umur 80 tahun!

Adakah anda bersedia untuk menjadikan individu berusia 93 tahun menjadi pemimpin kepada negara yang sedang menuju ke arah kemajuan dengan era teknologi digital yang semakin pantas bergerak?

Saya tidak mahu meletakkan masa depan negara di tangan individu dari masa silam.

#TolakPH
#KekalNajib
#KamiGengNajibRazak

Sumber : Raziz Rashid

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk