23/01/2018

Kenaikan Cukai Hartanah & Premis Punca Kos Sar Hidup Naik?



Menurut seorang pakar ekonomi politik, BN baik untuk pertumbuhan dan mesra perniagaan tetapi pembangkang tidak baik untuk ekonomi, perniagaan dan tidak baik untuk rakyat.

Seorang pakar ekonomi politik berpendapat tindakan kerajaan Selangor menaikkan cukai dan kos berkaitan hartanah, perumahan dan premis perniagaan mendorong kepada kenaikan kos sara hidup di negeri itu.

Isham Jalil berkata apabila kos seperti itu naik, ia memberi tekanan kepada sektor perniagaan dari segi kos menjalankan perniagaan yang akhirnya memberi kesan kepada pengguna.

Lulusan University Harvard, Amerika Syarikat itu menarik perhatian sejak pembangkang ambil alih pemerintahan kerajaan Selangor pada 2008, hasil kerajaan negeri dilihat meningkat berdasarkan tindakan menaikkan cukai melibatkan hartanah dan seumpamanya dengan kadar tinggi.

“Ini sebenarnya mendorong kepada kenaikan kos terutama di bandar,” kata Isham yang sebelum ini pernah berkhidmat dengan Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian pada program Ruang Bicara bertajuk “Trend Pemikiran Pengundi Cina” terbitan Bernama News Channel.

Isham memberikan contoh mudah bagaimana kenaikan kos sewaan tapak menyebabkan peniaga pasar malam terpaksa menaikkan harga barang dijual kepada pelanggan.

Beliau mendakwa apa yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang adalah hasil yang dibelanjakan untuk perbelanjaan pembangunan adalah lebih kecil berbanding bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, bawah pemerintahan BN, kadar bagi cukai berkaitan hartanah dan premis perniagaan di kedua-dua negeri itu tidaklah setinggi yang dikenakan sekarang.

“Sebab itu saya selalu kata kerajaan BN (baik) untuk pertumbuhan dan mesra perniagaan. Tetapi kerajaan pimpinan pembangkang tidak baik untuk ekonomi, untuk perniagaan dan sebenarnya tidak baik untuk rakyat,“ katanya.

Isham berkata kerajaan sedar kaum Cina ramai mencari rezeki dengan berniaga begitu mengambil berat tentang soal ekonomi, kos menjalankan perniagaan dan kos sara hidup.

Menyedari hakikat itu, beliau berkata kerajaan bertindak menubuhkan jawatankuasa kos sara hidup untuk mengkaji dan mencari jalan mengatasi isu itu.

K7L : Orang Cina bukan lagi fix deposit untuk PH!..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk