2. Abu Talib Othman menafikannya. Menurut beliau, surat Tun Salleh Abas kepada Agung bukan kerana isu bunyi bising ekoran kerja ubah suai rumah Tuanku seperti yang didakwa oleh Tun M. Tetapi surat Salleh Abas adalah berkenaan dengan rasa tidak puas hati para hakim kerana Tun M telah menyerang institusi kehakiman secara terbuka termasuk di Parlimen.
3. Oleh kerana Tun Salleh Abas masih hidup maka alangkah baiknya Tun Salleh memberikan penjelasan terperinci mengenainya. Kita juga ingin tahu apa pendirian Zaid Ibrahim sekarang. Masa dia jadi Menteri yang jaga undang undang 2008 dia mencadangkan supaya kerajaan memohon maaf kepada semua hakim yang dipecat ketika itu termasuk membayar pampasan. Bahkan bayaran pampasan telah dibuat.
4. Sebenarnya kita juga boleh merujuk buku “May Day for justice” yang ditulis oleh Tun Salleh dan K Das.
5. Dalam buku itu dijelaskan, Tun M mula mengkritik secara terbuka Institusi “Judiciary” ekoran pemilihan UMNO 1987 di mana Tun M menang tipis ke atas Tengku Razaliegh. 11 orang ahli UMNO (asalnya 12) mengheret kes itu ke Mahkamah. Akibatnya UMNO diistihar haram tetapi keputusan pemilihan dikekalkan. 11 orang itu membuat rayuan. Sepatutnya didengar pada 13 Jun 1988. Maka di situlah menurut buku itu masalah bermula antara Tun M dengan Ketua Hakim Negara. Tun M bimbang rayuan 11 orang itu akan di terima dan pemilihan UMNO dibuat semula
6. Tun Salleh yang tidak senang hati dengan kritikan terbuka itu telah mengadakan mesyuarat khas bersama 20 hakim yang lain pada 25 Mac 1988. Keputusannya ialah menghantar surat kepada Yang DiPertuan Agung untuk menyatakan rasa tidak puas hati para hakim terhadap Tun M.
7. Ibarat disorong bantal, Tun M didakwa mengambil kesempatan sebagai Perdana Menteri menasihatkan Yang DiPertuan Agung untuk memecat Tun Salleh Abas (Rujuk buku berkenaan).Tidak berapa lama selepas dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, Tun Hamid Omar mengenepikan permohonan rayuan 11 orang bekas ahli UMNO itu.
8. Pokoknya apakah Tun M berbohong dan kenapa menyalahkan orang lain? Kita mahu bertanya kepada Lim Kit Siang dan Bar Council. Lim Kit Siang pernah menganjurkan di Parlimen pada tahun 1989 supaya semua ahli parlimen membaca buku “May Day for Justice”. Lim Chee Wee pula (bekas Presiden Bar Council) mendesak isu ini disemak semula. Tetapi kenapa sekarang diam? Apakah mereka juga menyokong bakal Perdana Menteri Sementara Pakatan Harapan ini?
Mohd Puad Zarkashi
MT UMNO. 5.1.2018
0 ulasan:
Post a Comment