02/06/2015

Kini Giliran Khalid Samad Terbuka Tidak Sekufu Dengan Team Ulama PAS?


 

Wahhhhh!!! Khalid Samad pun sudah berani maaa.. Ini semua kena suap dengan DAP ke lawan Hudud dan Hadi? Nik Abduh yang dilihat sebagai model orang muda PAS lebih cenderung menyokong Haji Hadi sebagai Presiden, maka dia dilihat sebagai musuh oleh beberapa orang.

Apa sebenarnya yang DAP nak? Nampaknya 'mercenary' DAP dah mula tunjuk belang masing-masing. Tapi hati-hati ya, team Ulama ini umpama air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Mungkin didarat belang upahan DAP bukan main ligat, bimbang dibenam ke sungai gigi yang tajam bisa tumpul tenggelam. Apapun kita tengok sahaja drama PAS ini. Sejauh manakah puak yang gilakan kuasa boleh pergi.

Kena ingat, jika mereka ini mudah dibeli maka dalam masa yang sama mereka juga mudah untuk dijual. Apakah yang akan berlaku kelak kita tak dapat jangka tapi untuk agak siapa yang menang, tersangatlah mudah.

Kita tunggu dan lihat tari siapa yang sumbang dalam gelanggang pemilihan PAS nanti. Yang berkungfu ajaran cauvinis DAP, yang meroyan ajaran PKR atau yang tenang kerana ikut perjuangan Allahyarham Fadzil Noor. 

K7L : Selama ini ada Nik Aziz mengapa mereka tunduk kepada PAS?..

1 ulasan:

  1. Mereka (DAPigs) bukan tak tahu bahawa orang Melayu yang berguna buat parti pembangkang adalah orang Melayu yang berpecah-belah. Olih itu musuh mereka yang sebenar bukannya orang Melayu tetapi “unsur” yang menyatupadukan umat Melayu itu yang sangat merisaukan Kit Siang pemimpin kiasu DAP yang sebenarnya. Unsur itulah yang menyebabkan mereka terpaksa bersusah payah untuk gabungkan berbagai NGO dan gabungan peguam bukan Islam bagi memeranginya secara habis-habisan. Hakikatnya unsur yang paling mengerunkan Kit Siang itu adalah ugama Islam itu sendiri. Beliau jangan lupa bahawa mengikut sejarah, ugama Islam sudah di beri bermacam-macam label yang tidak baik oleh musuh Islam pada peringkat antarabangsa.

    Yang peliknya semakin musuh Islam cuba buruk-burukan ugama itu semakin bertambah ramai manusia yang beralih untuk menjadi umat Islam pulak !! Sangat tidak masuk dek akal. Pendekatan DAPigs yang disokong oleh pemimpin Melayu yang mereka sudah berjaya “LEMBUKAN” telah dilihat sudah “KUDAKAN” ugama ISLAM mengikut telunjuk pemimpin DAPigs. Sebagai contoh mereka pernah cuba untuk melemahkan "pengaruh" Islam dengan usul utk membubarkan MAIS dan Kesultanan Raja-Raja Melayu. Selain dari memberi sokongan untuk membenarkan pihak gereja yang disokong DAPigs untuk "menSYIRIKKAN" kalimah ALLAH mereka tidak perasan langsung dosa syirik yang telah mereka janakan untuk diri mereka sendiri bahkan untuk penyokong taksub mereka juga. Rupa-rupanya mereka langsung tak perasan bahawa “ustaz” Kit Siang yang pernah memberi ceramah di sebuah masjid di Kota Bharu sudah cuba untuk menyaingi Yang Maha Esa apabila beliau memberitahu pengikut PAS bagi menolak hudud.

    Memang ada orang Melayu yang akur dengan arahan Kit Siang sebab itulah Wan Azizah telah memenangi kerusi Permatang Pauh. Tahukah mereka bahawa apabila mereka memberi kemenangan kepada calon yang memang menolak hukum Islam bererti mereka telah taat kepada arahan Kit Siang dan bukan kepada ALLAH. Tidak kah ini syirik namanya? Tahukah mereka bahawa ada firman Allah yang berbunyi seperti berikut?

    "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.
    AL QURAN surah AN NISA ayat 48.

    Kepada mana-mana umat Melayu yang sangat berbangga untuk taat kepada “arahan” pemimpin DAPigs eloklah fikirkan semula pendirian anda semua.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk