19/03/2015

Mampukah PAS Meraih Undi Pakatan Di Parlimen Bagi Perlaksanaan Hudud Kelantan?




Hari ini semua tahu Undang-Undang Hudud telah berlangsung dengan jayanya di Sidang DUN Negeri Kelantan. Tidak ada masalah dan malahan perbahasan daripada Dato’ Md Alwi, ADUN Kok Lanas semasa menyokong perlaksanaan HUDUD di Kelantan ini amat menyentuh hati. 

Beliau berucap semasa membahas Pembentangan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 semalam. Menyentuh bahawa Hudud ini bukanlah satu perkara yang dilihat sebagai kepartian.

Tiada unsur lain maka UMNO Kelantan sudah beberapa kali bersetuju dengan pelaksanaan Hudud di negeri Kelantan, dengan harapan impian umat Islam di Kelantan tercapai. Selama ini Hudud menjadi isu politik bagi memecah-belahkan dua parti Islam/Melayu, hari ini semua bukan lagi satu halangan.

Disebabkan itu, selepas diluluskan dalam Sidang DUN Negeri Kelantan berkenaan Hudud, langkah seterusnya yang akan diambil oleh pihak PAS Kelantan adalah mengemukakan usul ke Parlimen melalui Ahli Parlimen PAS untuk mendapatkan pindaan perlembagaan. 

 

Bagi pihak UMNO yang mempunyai Kerusi Parlimen sebanyak 88 kerusi tidak membimbangkan pihak PAS. Sementelahan UMNO Negeri Kelantan sendiri bersetuju dengan pindaan bagi memastikan Hudud terlaksana di Kelantan.

Apa yang bermain didalam minda Keris ketika ini, sejauh manakah kemampuan PAS yang mempunyai 21 kerusi berjaya meyakinkan 29 undi daripada PKR dan 37 undi daripada DAP? 

Sebahagian daripada 21 kerusi PAS di Parlimen Malaysia juga belum tentu mendapat undian 100%, bagaimana dengan rakan mereka didalam Pakatan?


Difahamkan juga PKR dan DAP senada untuk tidak bersetuju dengan pelaksanaan PAS di Kelantan. Atas beberapa faktor yang disembunyikan, mampukah PAS meraih undi daripada mereka kelak?


Kelantangan DAP terutamanya jelas kelihatan sejak daripada dahulu lagi. Apakah langkah PAS dalam cubaan mendapatkan sokongan ini? Apapun Hudud bukan sahaja satu undang-undang yang melibatkan umat Islam, ia juga satu lambang penyatuan. 

Rasanya itu yang menjadi kebimbangan puak PKR dan DAP. Sebab itu mereka cuba ugut untuk keluar daripada Pakatan. Tetapi apakah Tahaluf Siyasi DAP-PKR PAS lebih penting daripada undang-undang Hudud yang diperjuangkan PAS sejak dahulu lagi?

K7L : Hudud atau Kuasa Politik.. mana lebih utama?..

3 ulasan:

  1. Diharap Haji Hadi dapat membuat pembentangan yang terbaik di Parlimen. Katakanlah kapada mereka "Sesungguhnya Allah melihat tangan kamu pada hari ini (samada mengangkat tangan ataupun menekan button). Kamu mempunyai peluang untuk melaksanakan hukum Allah pada hari ini. Apakah yang akan kamu jawab dihadapan Allah nanti sekira kamu menolak hukumNya sedangkan kamu mempunyai peluang yang terbaik pada hari ini" . Seterusnya..... saya rasa Haji Hadi lebih hebat untuk berdakwah dari saya.

    ReplyDelete
  2. HUDUD2 TAK HABIS HUDUD. MASALAHNYA ADAKAH PAS BERANI KELAUR DRP PAKATAN. BUKANKAH PAS SELAMA NI TAKUT KAT DAP.

    ReplyDelete
  3. Jika Hudud ini di realisasikan oleh undian majoriti UMNO harap PAS redha ape yang UMNO lakukan terhadap PAS selama ini dan PAS tarik balik segala tuduhan terhadap UMNO.. dan juga menganggap ini sebagai tanda penghargaan kepada arwah TGNA...

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk