Ahli Jawatankuasa PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menolak hudud dan tidak akan dilaksanakan dilaksanakan di Perak jika Pakatan Rakyat (PR) kembali memerintah negeri itu.
Nizar yang juga Pengerusi PR Perak berkata keputusan itu diambil melalui mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak, Sabtu lalu, bagi menjaga keluhuran Perlembagaan Persekutuan.
Bekas Menteri Besar Perak dilaporkan Sinar Harian berkata sekiranya PR membentuk kerajaan negeri baharu, pimpinan itu akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan demi keharmonian kaum dan agama.
“Majlis Pimpinan PR menyatakan komitmen untuk membentuk kerajaan negeri yang berpaksikan kepada prinsip telus, adil, amanah, berkebajikan dan berwawasan.
“Semua dasar yang ingin dilaksanakan ini wajib mendapat persetujuan bersama ketiga-tiga parti iaitu Pas, DAP dan PKR,” katanya dalam satu kenyataan bersama, semalam.
Kenyataan bersama itu turut dipersetujui Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Naib Pengerusi PKR Perak, Laksamana Pertama (B) Muhammad Imran Abdul Hamid.
Nizar berkata, dalam mesyuarat itu juga, mereka bersetuju Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1993 (pindaan 2015) yang diluluskan Sidang Dewan Kelantan yang membawa pelaksanaan hukum hudud, adalah di luar Dasar Bersama PR dan wajar dibincangkan.
Menurutnya, Majlis Presiden PR perlu bermesyuarat dengan kadar segera demi mencapai kata sepakat.
“Ini termasuklah berkaitan kelulusan rang undang-undang itu yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat, kita perlu mengeluarkan kenyataan bersama secepat mungkin,” katanya.
Sesungguhnya Allah SWT Maha Tahu betapa hikpokritnya manusia bernama Nizar. Nasib baiklah dia jatuh dahulu, jika dia masih MB Perak bayangkan betapa ego dan sombongnya Nizar hari ini.
K7L : Sebabkan kuasa sanggup tolak Agama....
Dia ni tak ada roh dan nur Islam di hatinya. Keturunannyapun adalah sama dengan rakan di sebelah dia tu. Gantikanlah orang yang boleh dipercayai PAS sebagai Pesuruhjaya Pas Perak dengan yang ada roh dan nur Islam.
ReplyDelete